JellyPages.com

Total Pageviews

Thursday, January 6, 2011

MUSLIMAH...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. 

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
 keturunan dicerca , menyesal kemudian bukan faedah. 

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana kita dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.


Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

No comments: