JellyPages.com

Total Pageviews

Saturday, August 27, 2011

berniqab tapi bkn muslimah??????????????


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sollu a'laa Nabi..^_^

السلام عليكم ورحمته الله وبركاته

ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betol2 menjaga syariatnya..
sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka...
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len... di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz...

kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi...
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi...

selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana... dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz...
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar...

justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi...

sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan 

"anti nampak solehah"
"ana menginginkan zaujah seperti ni"
"sejuknya mata memandang"
"tenangnya melihat kamu"

dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'...
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu...

malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan "martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"...

itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar...????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi...

adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah...???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???

seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..

tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..

"dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir"
-Al ahzab-

firman diatas merujuk kepada para sahabat... perkataan 'isteri2' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM...

inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????

pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???

fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian...
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini...

duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya...
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya...
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..

"antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anti nak beli..???"

xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi...
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya...
lantas dye menjawab

"seandainya itu jawapan anti,begitu jugaklah jawpan kami"

ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu...
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu  meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara

"permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..

niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya... mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat...  dan ingatla, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza...

kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan..."

apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran 'pantai'..
YA ALLAH... begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf...
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa...

dengarilah duhai anak2 solehah....
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab...
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara....

dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah...
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah...

akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang.... tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang... kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati... seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
 renung2kanla...

Allahu Akbar..ku terkedu baca artcle nih...same2 kita berfikir sejenak e2 lebih baik...sama2 kita kongsi..yang baik di jadikan tauladan..yang buruk di jadikan sempadan...selamat beramal ^_^

cinta Allah...

♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
˙·٠•●♥ Bukan mudah untuk membuang cinta yang ku fahami dulu yang pernah merangkulku..pernah membuat ku berharap..pernah berkata pada ku tentang kebahagiaan..pernah menuangkan sirap manis dihatiku..pernah memakuku dalam kebingungan sehingga dihempas aku dalam sepi atau hanya ku reguk bahagia dalam bayang khayalku yang akhirnya tidak kudapatkan dan pergi begitu saja bagai angin melintasi aku..

Dan bukan mudah untukku meneruskan KEMBARA ini dan memperbaharui jalinan cintaku yang baru yang harus aku bermujahadah bersungguh sungguh untuk mengapainya..kerana mungkin harus ku jalani jalan-jalan yang penuh TANGIS untuk mendaki dalam mengisi harapan harapanku agar aku tidak jatuh dari pendakian itu..

Inilah perjalanan ku.perjalanan untuk terakhir kalinya setelah HIDAYAH itu memandikan aku dengan nuur Nya..setelah rahsia perjalanan lalu kusimpan rapi mengharap ampunan Tuhanku..

Inilah perjalanan ku yang ku harap kamu doakan setelah kamu diam membisu dan menolak aku didalam duka..dan kuharap perjalanan ku ini dapat melahirkan jiwa yang lebih SUCI dan mencerahkan jalan kehidupan ku walau kesedaran menghenyakan aku akan hari-hari mendatang yang penuh misteri …

Dan kuharap nanti di suatu ketika mujahid melintasi aku didunia ini..akan berhenti dihadapan ku..di akhirat sana dengan kuntum senyum menerima aku dengan REDHA Tuhanku..♥●•٠·˙
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥

wanita.........

:Wanita....andai dirimu xdidampingi lelaki..usah merasa dirimu xsecantik wanita2 lain yg sering mnjadi tumpuan mereka...
usah merasa dirimu adalah insan yg tidak layak dipandang...
usah merasa dirimu tdk mempunyai kelebihan yg ada pada wanita lain...
~Ingatlah wahai wanita muslimah...
*bersyukurlah pada Yang Maha Esa...kerana mlindungimu dari mnjadi salah seorg dari penyebar fitnah terbesar kepada k......aum adam...
*bersyukurlah kerana Allah swt memayungimu dari kancah kemaksiatan yg semakin berleluasa di muka bumi...
*bersyukurlah kerana semulia mulia sifat seorang hamba Allah itu adalah menyedari bahawa dirinya ada kekurangan...
*bersyukurlah pada Yang Esa kerana mgkin Dia yang telah mgatur urusan jodohmu kelak...
~Justeru,ingatlah wanita...mncintai Yang Satu itu adalah yg utama sebelum mncintai yg lainnya..simpanlah segala2 yg ada pda dirimu buat bakal pndampingmu kelak kerana hanya dia yg satu2nya akan mghargai dan mgetahui akan kelebihan yg ada pada dirimu..kerana mungkin nanti, kelebihan yg ada padamu yg tidak terpandang oleh lelaki lainlah yang membuatkan pasangan yg memg tercipta utkmu "jatuh hati" padamu...
~Dan apa yg penting,jaga status mu sebagai seorang pemegang amanah dari Allah..jaga mahkotamu daripada diragut seorg lelaki yg xberhak keatasmu..jaga pandangan,hiasi peribadi...insyaAllah..dirimu pasti akan dicari pemiliknya.. ♥

Sunday, August 21, 2011

Jom buat check lists amal ibadah kita!


1) Solat Fardhu : Lengkapkah segala-galanya?

First of all, adakah sudah cukup lengkap solat fardhu kita lima waktu setiap hari?
Kalau dah lengkap semak perkara-perkara lain pula yang berkait rapat dengan solat fardhu ini.
Adakah kita tunaikannya diawal waktu ataupun kita lengah-lengahkannya hingga ke akhir-akhir waktu?
Berjemaah kah kita sekiranya mempunyai peluang untuk berbuat demikian? Khusyukkah solat kita atau masih banyak perkara lain yang kerap bermain dikepala ketika menghadap-Nya?
Sedarkah kita bahawa, mereka yang dekat di sisi Allah dan dijanjikan Syurga adalah mereka yang pertama sekali menjaga amalan solat fardhu mereka?
Yang dimaksudkan dengan 'menjaga' solat fardhu ini bukanlah bermakna melakukannya sahaja tetapi ia juga kerap ditunaikan di awal waktu dan secara berjemaah.
Mereka yang beriman akan sentiasa menunggu-nunggu solat fardhu ini bagaikan menunggu detik untuk bertemu kekasih. Mereka solat dengan penuh khusyuk, seolah-olah mereka sedang berkomunikasi dengan Yang Maha Pencipta.

2) Solat-solat sunat: Sejauh mana kita sanggup melakukannya?

Adakah kita pernah menunaikan solat-solat sunat sepanjang hidup kita? Jika pernah, bagaimana halnya dengan solat sunat di sepanjang bulan Ramadhan ini?
Kerapkah kita melaksanakannya? Dan mampukah kita untuk meneruskan tradisi solat sunat ini setelah tamatnya Ramadhan?
Solat-solat sunat ini sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya adalah untuk menampung kekurangan kesempurnaan solat fardhu kita.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat banyak melakukan solat sunat terutamanya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki Baginda kerana Rasulullah S.A.W terlalu lama berdiri menunaikan solat malam. Rasulullah yang telah dijanjikan Syurga pun tetap melakukan solat sunat setiap malam kerana cintanya terhadap Allah.
Jadi persoalannya di sini, cintakah kita kepada Allah? Jika cinta, mulakan lakukan solat sunat. Mulakan dengan sebulan sekali dan kerapkan hingga kita lali melakukannya setiap hari.

3) Membaca al-Quran : Syafaat yang pasti!

Al-Quran? Sedihnya terdapat generasi muda zaman sekarang yang mengaku Islam tetapi tidak tahu membaca al-Quran. Lebih sedih lagi ada yang mengaku tidak pernah buka dan pegang al-Quran! Salah siapa kah jika perkara ini terjadi?
Maka kita yang reti serba sedikit tajwid dan cara untuk membaca al-Quran ini harus bersyukur kerana Allah telah memberi nikmat kepada kita iaitu nikmat berupa al-Quran, syafaat yang pasti untuk kita di akhirat kelak!
Mari kita semak, sudah banyak mana kita baca al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Jika sudah khatam alhamdulillah. Syukur. Tetapi boleh tak sekiranya kita teruskan amalan membaca al-Quran ini dimasa-masa akan datang? Semuanya bergantung pada hati.. sucikanlah hati.
Insya-Allah hati yang suci mudah untuk mendengar dan menyebut kalimah-kalimah Allah walau dimana dan bila-bila masa pun kita berada.
Dan sekiranya kita membaca al-Quran, adalah lebih baik jika kita baca sekali terjemahan-Nya agar kita lebih memahami maksud ayat-ayat yang di baca. Bukan kah itu lebih afdhal?

4) Bersedekah: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 

Bayangkan sebuah situasi yang begini:
Anda dan ahli keluarga anda sedang menjamu selera disebuah warung selepas menunaikan solat terawih di sebuah masjid berdekatan dengan kawasan perumahan anda.
Oleh kerana anda dan ahli keluarga cuma berbuka kurma dan air sebelum berterawih tadi, anda pun memesan segala macam jenis lauk pauk. Tomyam, udang sambal, sotong goreng tepung, ikan siakap tiga rasa dan banyak lagi.
Tiba-tiba sedang anda menjamu selera dengan penuh nikmat, seorang kanak-kanak lelaki datang dengan pakaian yang kusut masai membawa secawan plastik yang berisi duit kertas rm1 dan beberapa sen duit syiling.
Tujuan kanak-kanak itu datang ke meja anda adalah untuk meminta derma.
Ketika itu ada yang pasti berfikiran : Ah ini semua sindiket.. buat apa bagi?
Ada juga yang mungkin memberi ceramah perdana free kepada kanak-kanak itu.
Kan mudah jika kita hulurkan sahaja derma kepada dia? Samada sindiket atau tidak itu adalah urusan mereka yang bertanggungjawab dengan Allah S.W.T. Jangan kita berlagak sombong menduga manusia lain begini dan begitu.
Bagaimana jika kanak-kanak terbabit cuma jelmaan malaikat yang ditugaskan untuk menduga anda? Bil makanan anda mungkin mencecah ratusan ringgit. Apa salahnya menderma sedikit untuk mereka yang memerlukan?
Bila bulan Ramadhan juga ada banyak pihak yang tiba-tiba menjadi prihatin kepada nasib anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan. Baguslah, alhamdulillah.
Tetapi yang tidak berapa bestnya apabila sumbangan derma kita yang mencecah puluhan ribu ringgit itu diwar-warkan di dalam TV1, TV2, TV3, TV9, TV7, TV HIJRAH, ASTRO dan segala macam saluran media. Popularitikah dicari atau keberkatan ilahi?
Ok. Cukuplah 4 dulu check lists kita untuk kali ini. Sedangkan sebenarnya masih banyak lagi amalan-amalan yang kita perlu semak samada cukup atau tidak, lengkap atau kurang lengkap, semuanya perlu kita muhasabahkan lagi.
Jadi macam mana amalan-amalan kita? Sudah elokkah semuanya? Lengkapkah persiapan kita menghadap Ilahi? Ataupun persiapan raya lebih lengkap?
Akhirat itu benar..
Syurga itu benar...
Dan Neraka itu benar...
Marilah kita sama-sama mengambil peluang sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, MALAM YANG DIJANJIKAN BAGI SESIAPA YANG MENGHIDUPKANNYA UNTUK DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA INI untuk berdoa, dan memohon keampunan daripada Allah.
Marilah sama-sama kita mohon supaya diri kita dan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, semua muslimin muslimat dijauhkan dari azab api neraka dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Surah al-Ghaasiyyah Ayat 1-12

[Ayat : 1]
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
[Ayat : 2]
Muka (orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina.
[Ayat : 3]
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah.
[Ayat : 4]
Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang sangat-sangat panas (membakar).
[Ayat : 5]
Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
[Ayat : 6]
Tiadalah makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri.
[Ayat : 7]
Yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
[Ayat : 8]
(Sebaliknya) muka (orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.
[Ayat : 9]
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik, yang telah dikerjakannya di dunia).
[Ayat : 10]
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya).
[Ayat : 11]
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.
[Ayat : 12]
Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir.......

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

malam lailatulqadar......


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:


"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."