JellyPages.com

Total Pageviews

Wednesday, July 31, 2013

sepi hati ini..


“siapa tak takut pada sepi. sedang Nabi Adam yang sudah dijodohkan dengan Hawa itu pun rasa sepi bila terpisah jarak dan waktu. inikan pula kita yang belum bertemu siapa-siapa.
tapi sepi bukan alasan untuk menggatal (maaf) dan segera mencari kekasih dengan alasan nak merasa feel bercinta. ketika Adam terpisah dengan Hawa, sepanjang terpisah itu mereka berdoa memohon keampuanan. sekian lama baru dipertemukan.

kita juga seharusnya begitu. ketika belum sampai jodoh inilah masa untuk memperbaiki diri. banyakkan amalan. timba ilmu. inshaAllah cinta akan menyapa bila Tuhan tentukan kita telah bersedia. kerana cinta itu datang ketentuan, bukan dengan permintaan :)”

Aku malu dengan kata-kataku...



Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.

Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

Monday, July 29, 2013

kisah hati seorang Muslimah..Dia menunggumu

Allah yang menggerakkan hati dan dia jua yang menahannya. Untuk baca sampai ke akhirnya. Moga Allah lembutkan hati. 




Bilamana kau tak seperti mereka,
Tak dirias gincu, dan tidak pun bedak penyeri wajah,
Bilamana kadangkala, kau pun sering terlihat pucat, 

Bilamana mereka bergelak ketawa sekuat hati,
Dan kau hanya mampu senyum nipis, segaris cuma, 
Menahan ketawa terbahak-bahak,
Menahan dalam hati.

Dan bilamana kau ingin sekali menjerit memanggil sahabatmu dari jauh,
Dan kau pun melihat sekelilingmu,
Bidadari dunia tidak menjerit,
Dan kau pun mengejar mereka,
Kadangkala kejaran itu tidak cukup lantas kau berdiri kaku,
melihat mereka pergi,
kerana kau tak mampu pun untuk menjerit,

Bilamana kau berusaha sangat menjaga pandangan,
Menjaga pandangan engkau dan mereka,
Duduk di kerusi tepi sekali, jauh dari muslimin,
Jauh dari pandangan mereka.

Bilamana kau rasa sangat tidak selesa.
Bila muslimin duduk di belakang,
Bila mereka berjalan di belakang kamu,
Bila mereka memandang tanpa kerdip,
Betapa ingin kau menolak mereka untuk duduk di hadapan,
Untuk berjalan di hadapanmu,
Betapa ingin sangat kau pergi ke mereka dan katakan saja,
"Akhi, tundukkan pandangan"

Bilamana kau ingin sangat mencuba segala tutorial tudung di YouTube,
Namun, seringkali pendek di depan, panjang di belakang,
Tidakpun panjang di depan, pendek di belakang,
Dan kau pun kecewa,

Bilamana kau bergelut tiap hari,
Dengan dhuhamu,
puasamu,
tahajjudmu,
Kahfi mu,
Yasin mu,
ma'thurat mu,
bacaan qur'an mu,
dengan imaginasimu tentang dia,
dia yang menarik tangkai hatimu,
dia yang tidak layak pun sekali untuk berada di hatimu,
selagi tidak terlafaz "Aku terima nikahnya"

Bilamana kau bergelut sangat,
untuk meninggalkan muzik yg melalaikan,
Dan seringkali kau tersungkur di tengah jalan,
Era fm vs IKIM fm.
Bilamana kau terasa IKIM itu langsung tak menghiburkan
berbanding Era.
Apa sudah jadi pada hatimu?
Menangislah. silakan.

Dan bilamana kau bergelut sangat,
Untuk menjaga imanmu,
Bergerak sendiri,
kerna kau pun tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz ustazah,
keluarga yg fikrahnya Islam,
dan kerna kau pun bukanlah dari sekolah agama,

Bilamana kau bertarung,
dengan marahmu,
bila ada yang menyakiti,
bila ada yang sengaja menguji sabarmu,
bilamana kau senyumkan saja,
dan diamkan diri,
walhal hati bergegar kencang, tangan kemas menggenggam buku lima,

Dan bilamana kau bergelut sangat,
Untuk merasa cintaNya dalam setiap solatmu,
dan dalam hidupmu,
betapa kau rasa sangat tidak mampu,
menjadi sesoleh dan sesolehah mereka,
dan kau termenung,
betapa hebatnya mereka,
cemerlang benar akademiknya,
hebatnya mereka membawa Islam dalam hidup mereka.
Cemburulah. Terasalah.

Dan di sujud terakhirmu,
Bilamana kau berasa sangat penat untuk meraih cintaNya,
Bilamana dahi milik Allah itu bersua sejadah,
Allah akhirnya menghembuskan harapan,
Membisikkan cintaNya,

"Jangan putus harapan sekarang. uruskan hatimu."

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya" (Qaf, 16)

Bagaimana kau sanggup berputus asa, sedangkan dia sangat dekat kepadamu. Mengetahui segala usahamu. Bagaimana kau sanggup menghampakan, mengecewakan sedang dia sangat dekat padamu.

Dan memang, kau pun terkadang tak terasa dekatnya dia di hatimu,

Bagaimana ingin merasa kedekatan. sedangkan engkau berlari jauh. itu logik akal. Dekatilah, hampirilah, dan mungkin akhirnya kau akan faham ayat bernombor 16 itu. Terasa ketenangannya, cintanya, betapa setiap kali kau tergerak hati meninggalkan bacaan Qur'anmu, ma'thuratmu, tahajjudmu, dia menghalang, dia menunjukkan, dan dia bisikkan "Jangan. Bukan sekarang. Bertahanlah! Sabar! uruskan hatimu"

Dia ada. dalam setiap nafasmu. Dan di situ kau merasa kedekatannya.

Dia bukan ibu bapamu, dia bukan sahabatmu, dia bukan murobbi murobbiahmu yang setiap bangun pagimu, kau berusaha kuat untuk tidak mengecewakan mereka.

Dia Allah. Dia tuhanmu!
Betapa banyak kali kau mengecewakanNya,
Tapi kau masih lulus dalam kertas ujian itu yang kau terasa tak mungkin kau lulus,
Still kau dapat jugak score tinggi dalam quiz yang susah tu,
Betapa dia jadikan yang kau rasa impossible itu possible,
Semua orang pernah menghadapinya. Situasi mungkin lain, tapi caranya sama.
Malulah. malu pada Dia yang sentiasa memberi, dan kau yang selalu sangat terlupa.

Dan.
kau pun bangun untuk kesekian kalinya. Entah kali keberapa kau bangun setelah terjatuh, sehingga kau sendiri dah pun hilang kiraannya.

tapi kau bangun juga akhirnya.

Kau bangun.

Sebab dia tengah tunggu kau kat Syurga. Dia tunggu.

Sunday, July 28, 2013

10 malam terakhir Ramadhan - malam lailatul Qadar

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku).
Dari Aisyah r.a., katanya: "Nabi s.a.w., biasanya apabila tiba sepuluh (yg akhir daripada bulan Ramadhan), beliau ikatkan sarungnya erat-2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya." -Sahih Bukhari jilid II, no.966
Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan." - Sahih Bukhari jilid II, no.994 

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar itu berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yg terakhir (dari bulan itu)." - Sahih Bukhari jilid II, no.995 

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Ia satu malam yg tenang, lapang, luas tiada batasan. Tidak panas dan tidak sejuk. Di waktu paginya matahari muncul dengan merah yg lemah." -riwayat Abu Daud al-Toyalisa 

*Malam al-Qadar atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar adalah malam yg lebih baik daripada seribu malam kerana pada malam tersebut Al-Quran diturunkan. "Bulan Ramadhan yg padanya diturunkan Al-Quran pertunjuk kepada manusia.." (Al-Baqarah:185), 'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran itu pada malam al-Qadar." (Al-Qadr:1) 

-Moga manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan melipat gandakan amalan kita- 

Larangan Bercakap Semasa Mengerjakan Solat

Larangan Bercakap Semasa Mengerjakan Solat


Hadith :

Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, “Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan “Yarhamukallah!” Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata”Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?” Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam”. Apabila Rasulullah SAW. selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, “ Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikitpun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran.”
Riwayat Muslim

Thursday, July 18, 2013

BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN KEDERMAWANAN

BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN KEDERMAWANAN

Alhabibana Munzir bin Fuad Al-Musawa berkata:

"Diriwayatkan dalam Sohih Bukhari bahawa Rasul SAW sangat dermawan, orang yang paling dermawan, Tidak ada yang lebih dermawan lagi dari Rasulullah SAW, paling dermawan dan tidak pernah mengatakan "TIDAK" pada orang yang memintanya.

Datang seseorang kepada Nabi. Seorang ibu bersama dua orang anaknya, sebagaimana dalam Riwayat Sohih Al Bukhari minta-minta, setelah Rasul SAW datang, ibu itu telah pergi.

“AISYAH ,TADI TAMU YANG DATANG HAJATNYA APA? “(tanya Rasul SAW)
“ngemis ya Rasulullah (jawab Aisyah RA.)
“LALU? “(tanya Rasul SAW)
“Tidak ada apa-apa. Cuma ada dua butir kurma. sebutir ku berikan kepadanya. sebutir lagi masih ku simpan (jawab Aisyah RA.)

Rasulullah lalu keluar dari rumahnya dan berteriak : " SIAPA YANG MAU MEMBANTUKU WAHAI KALIAN..??? , TETANGGAKU….YANG MAU MEMBANTU ORANG YANG MENGEMIS KEPADAKU INI. AKAN MENJADI HIJAB, BENTENG BAGINYA DARI API NERAKA" , Inilah rahasia kedermawanan sang Nabi SAW….,

Maka keluar para sahabat berebutan memberi orang itu. Kenapa ?, kerana RASULULLAH SAW TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN ORANG YANG MENGEMIS PADANYA, ini pada Nabi SAW lebih-lebih Sang Pencipta Nabi SAW, ALLAH SWT, Yang Maha menciptakan Rasul SAW yang lebih dermawan pada bulan ini, inilah bulan Ramadhan bulan kedamaian, bulan munajat.



Monday, July 1, 2013

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA..