JellyPages.com

Total Pageviews

Sunday, December 22, 2013

hati janganla cemburu!

Allah,
Kenapa cepat sangat Hati ni cemburu,
Kenapa cepat sangat Hati ni terasa,
Kenapa cepat sangat Hati ni berkecil,
AllahuAllah,
Aku memang tak kuat,
Baru tengok sahabat lain punyai pasangan,
Aku cemburu,
Baru tengok sahabat lain punyai zuriat,
Aku semakin cemburu,
Baru melihat sahabat lain punyai kerjaya,
Aku menjadi semakin cemburu,
Barangkali Aku punyai masalah hati,
Cemburu dengan apa adanya pada sahabat,
Cemburu dengan anugerah yang Engkau berikan pada mereka,
Hati tolonglah kuat,
Hati tolonglah tabah,
Hati tolonglah bersyukur,
Yakinlah Hati pasti Allah titipkan bahagia untuk kita,
Pasti.
Dan beringatlah wahai Aku,
Allah memberi apa yang kita Perlu,
Allah tidak memberi apa yang kita Mahu,
Kerna terkadang kemahuan kita mampu menzalimi diri sendiri.

Cukup cintai dia dari kejauhan.


Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cinta dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintalah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?