JellyPages.com

Total Pageviews

Tuesday, September 13, 2011

secantik- cantik perhiasan ialah wanita solehah......


Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya. 

“Abang, apa itu wanita solehah?”  
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”  
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.” 

Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tak pe lah. 

Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati. 

Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat. 

Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat. 

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[QS An-Nuur, 24:31] 

Panjang bukan? 

Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah. 

Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah. 

Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan. 

Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.

Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa. 

Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.

“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?” 

Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak. 

In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau mana-mana. Heh.

Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan.

Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.” 

“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan lelaki?” 

Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. Dia yang ciptakan kita. Macam kalau kita cipta satu robot. Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu, sama ada boleh terbang ke, berubah jadi ayam ke. Dan kita juga tahu kelemahan robot tu, mungkin dia takut lipas dan sebagainya. 


Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan) 

Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita? 

Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.

Kesian. Bila hati dah gelap, apa jadi? 

Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu. 

“Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…” 

Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, maka perhiasan itu mungkin masih indah, tetapi hanya pada mata hawa nafsu.

Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah. Tak leh banyak-banyak. 


Untuk siapa mereka itu?

Hanya lelaki yang soleh sahaja yang boleh dikatakan layak untuk mendapatkan wanita solehah. 

Persoalannya, siapakah lelaki yang soleh itu? 

Mudah saja, ciri-ciri dia lebih kurang sama. Dalam surah yang sama, ayat sebelum ayat tadi, iaitu mestilah lelaki yang menjaga pandangan dia, memelihara kehormatan. Lelaki yang soleh juga merupakan seorang lelaki yang memiliki cinta. Cinta yang juga hanya mampu diberikan kepada seseorang yang meletakkan cinta dia, hanya pada Allah juga.” 

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[QS An-Nuur, 24:30] 

Islam itu praktikal 

Begitulah ceritanya secara teori. Sekarang mari kita berbicara mengenai part yang praktikal, sebab Islam itu agama yang praktikal, bukan teori semata-mata. 

Saya nak ajak kita semua lihat kembali ke dalam diri kita. 

Adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh atau solehah? 

Seseorang yang sangat menjaga pandangannya. 

Seseorang yang berhias kerana takutkan Allah. 

Seseorang yang memastikan hati mereka terbentuk dengan sangat baik, sebelum berbicara masalah penampilan luaran. 

Seseorang yang sangat menjaga kehormatan. 

Dan seseorang yang tidak menduakan atau mentigakan cinta kita pada Allah? 

Kalau belum, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita sementara masih belum terlambat. 

Selagimana kita masih hidup, 

Selagimana, masih mampu untuk membaca ayat Allah untuk diri kita dan orang lain, mampu bernafas untuk mengingat Allah, mampu berkata untuk menyampaikan kebenaran hakiki dan mampu bergerak untuk melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi agama Allah. 

“Kamu ingat semua orang bertuahkah untuk mendapat cinta berpaksikan keimanan?” 

Sekurang-kurangnya kita berusaha daripada tidak berbuat apa-apa. 

“Allah tidak adil!” 

Sebelum kita berbicara tentang adil atau tidak Allah kepada kta, lebih baik kita lihat diri kita semula. Adakah kita sudah cukup adil dalam berurusan dengan Allah? 


Mahu atau tidak? 

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,  
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,  
Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu),  
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"  
[Asy-Syam, 91:7-10] 

Terpulanglah pada diri kita. Bagaimana mahu melihat ke dalam satu-satu isu itu. Melalui pandangan akal berpandukan wahyu, atau pandagan akal yang disandarkan kepada hawa nafsu. 

Satu benda yang kita kena faham dan ingat baik-baik ialah, Allah SWT akan bertindak sesuatu kepada kita, setelah kita yang bertindak. 

Maka jika kita mahukan pasangan hidup yang soleh ataupun solehah. Maka kita adalah orang yang pertama sekali kena memulakan langkah ke arah itu. Dan apabila kita sudah memulakan langakh, jangan pernah mengenal kata putus asa. 

“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[QS An-Nuur, 24:26]

Jelas Allah kata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. 

Jadi, kalau kita mahukan seorang isteri yang solehah, mentarbiyah dirinya dengan baik, seorang yang bakal mendidik anak-anak nanti dengan sempurna, seorang yang meletakkan cintanya pada Allah, maka kita kena jadi macam itu dahulu. Insya-Allah, Allah Maha Tahu, apa yang kita perlukan. 

"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 
[HR Tirmidzi]

Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. 

Tak perlu dah yang namanya couple tak islamik atau islamik, mesej-mesej sebelum nikah dan lain-lain. Buang masa, tambah dosa. Kalau endingnya pernikahan sekalipun, apa jaminan keberkatan Allah bersama kita seandainya kita melakukan satu perkara ibadah, tetapi dicemari dengan nilai kemaksiatan. 

Air banyak manfaatnya. Minyak pun banyak manfaaatnya. Tetapi jika air telah bercampur dengan minyak, maka apa lagi manfaatnya?

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
[QS Ar-Rum, 30:21] 

Maaf kalau saya katakan bahawa kebanyakan orang zaman sekarang mempunyai corak fikir yang sangat kolot. Mereka merasakan bahawa mereka perlu mencari kasih sayang dahulu sebelum bercerita mengenai pernikahan. Kemudian dari situ, mereka akan cuba sedaya upaya melahirkan rasa cenderung dan tenteram terhadap pasangannya itu, kemudian apabila rasa sesuai dengan mata hawa nafsu, barulah nak jadikan isteri. 

Itu salah! 

Secara sedar atau tidak. Kita telah menterbalikkan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tadi. 

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
QS Ar-Rum, 30:21] 

Perhatikan elok--elok. Dan siapakah kita untuk mengatakan sesuatu selain ini?

“Kalau tak bercouple, macam mana nak kenal pasangan kita?” 

Soalan saya. Apa jaminan kita akan kekal bersama si dia yang kita cintai setelah kita kenal dia melalui proses couple? 

Kebanyakan dari sebab kenapa pasangan suami isteri bercerai adalah kerana lemahnya pegangan agama dalam diri masing-masing. Bukan kerana mereka tidak bercouple. 

Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak? Siapakah bakal mak dan ayah itu?

klik untuk bacaan lanjut

klik untuk bacaan lanjut

Bila kita akan bernikah? 

Insya-Allah, di saat apabila kita memerlukannya nanti. 

Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu. 

Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud. 

Jangan takut untuk clash. Jangan takut untuk tinggalkan apa yang bukan hak kita. Yakinlah bahawa Allah akan membalas sesuatu perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik. 

“Kenapa kamu terlalu yakin dengan tuhan.” 

Kalau bukan dengan janji Allah dan pesan Rasulullah SAW yang kita yakini, maka janji siapa lagi yang kita boleh pegang secara jujurnya untuk masa sekarang? 

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
[QS al-Baqarah, 2:216] 

"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

Saturday, September 10, 2011

duhai wanita muslimah.....







(◕‿◕"),✰˚
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·¸¸.¤*¨**♥✿♥*¨*¤.¸Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·
✿ Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan...
✿ Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..!
✿ Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada.
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
✿ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apabila mencintai suatu kaum, diujiNya mereka dgn dugaan. Untuk itu, barangsiapa yg redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yg marah maka baginya kemarahan dari Allah. (HR Tarmidzi)
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
✿ Kerap kali wanita muslimah menyalah-nyalahkan diri bila ada kaum Adam yang menyatakan perasaan ataupun menunjukkan minat pada dirinya..lantas terlahir di bibirnya:
"Ya Allah, aku sudah menjadi fitnah buat diri mereka...!" lalu dihukum dirinya...
✿ Sebaliknya, perkasakan dirimu dengan tarbiah dan amal soleh.. berlagak biasa sahaja dengan mereka dan jaga tingkah lakumu agar mereka tidak terpesona dengan suaramu yang manja atau kerenahmu yang keanak-anakan dan mempersonakan... jika boleh, bertegaslah dengan dirimu sendiri...
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥

ƸӜƷ Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of failing and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good,but easy. So, the apples at the top think something is wrong with them. When in reality they're amazing.They just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree..
ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ

°˚˚ï·²♥♥Ya Allah..
Titipkan ketenangan buat dia yang sedang keresahan..
Ya Allah,kembalikan keceriaan buat dia yang kedukaan..
Ya Allah,gantikan tangisan dia dengan senyuman..
Ya Allah,jika ini ujian maka berikan dia kekuatan..
Ketahuilah tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadamu melainkan Allah.
Maka rintihlah segalanya dalam doa dan sujudmu kepadaNya°˚˚ï·²♥♥❤
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿
Jika kau juga mncintai ssorang,
maka ingatlah pada Yang Maha Mnciptakan kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menggenggam hati kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menguasai kekasihmu
dan ingatlah Yang Maha Menanamkan rasa CINTA dlm hatimu itu
Dia adalah ALLAH SWT...

♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿

........ , . - . - , _ , .........
......... ) ` - . .> ' `( ........
........ / . . . .`\ . . \ ........
........ |. . . . . |. . .| .......
......... \ . . . ./ . ./ .......... Sekuat mana pun GODAAN yang harus kita hadapi,
........... `=(\ /.=` ...........Sekuat mana pun CABARAN yang harus kita lalui,
............. `-;`.-' ............ Sejauh mana pun HARI-HARI yang perlu kita tempuhi,
............... `)| ... , ........ Jangan pernah berhenti BERHARAP dari pertolongan ILAHI..
................ || _.-'| ....... Kerana Hanya Dia Sebaik2 PENOLONG..
...............,_|| \_,/ ........
....... , ..... \|| .' ............
....... |\ |\ ,. ||/ .............
.... ,..\` | /|.,|Y\, ............
..... '-...'-._..\||/ ............
......... >_.-`Y| ..............
.............. ,_|| .............
................ \|| ............
................. || ............
................. || .............
................. |/ .....................
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Ƹ̵D̡Óœ̵Æ·..•°*"˜ ☆ ¸..•´¨¨)) -:¦:- ✿Ü“ jadikanlah dirimu mawar yang menyeri &
.(ړײ)/       ¸.•´….•´¨¨)) menguntum di jalan dakwah &
.«▓       ((¸¸.•´ ¸.•´.-♥ biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan2
.... ╝╚ …♥ ..♥♪♫ ✿♪ ✿Ü“ utk merasai harumnya kasih Allah (◠‿◠✿)
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
˚˚ï·²♥ Mencintai seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andainya Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki, atau Allah akan mengganti dengan yg jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg bukan menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yg bukan milikmu..kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi memiliki itu kerana mencintai..

ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿
Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu tanpa kau sangka2
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥)
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥)
─(♥)████████(♥)████████(♥)
─(♥)██████████████████(♥)
──(♥)████████████████(♥)
────(♥)████████████(♥)
──────(♥)████████(♥)
────────(♥)████(♥)
─────────(♥)██(♥)
───────────(♥)
˚˚ï·²♥ Tuhanku... (◕‿◕)
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yg terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yg terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yg ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yg hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki..

●❤ Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah..damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikiranku tapi pada redhaMu..aku RINDU padaMu..●❤

✿● Inikan cinta, bertemu dan bersatu tanpa keduanya tahu..
✿● Inikan cinta, tenang di hati tersenyum sendiri..
✿● Inikan cinta, tidak ribut tidak menunjuk untuk hidup..
✿● Inikan cinta, tidak perlu bicara namun tetap dirasa..
✿● Inikan cinta, tangis tiba sebelum ketawa ria..
✿● Inikan cinta, sejarah lama kita terima..
✿● Inikan cinta, ilmu dan amal jadi pembela..

__________▓\▓▓\\▓▓▓\
____/\/▓▓(▓(@)▓)▓▓/▓\▓▓\/\
____\\▓▓\▓\//▓/▓▓//▓▓\\▓▓/ ▓\
__|\_/▓\▓▓!\▓/▓/▓//▓▓▓▓\,▓ ▓▓\
__|▓!▓\▓▓▓▓\▓//▓▓▓▓▓▓!▓▓▓/ \
__\▓!▓\▓▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓!▓▓▓▓!
___\▓\▓\▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓▓!▓▓/
____\▓\▓▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓▓/▓▓/
_____\▓\▓▓/▓▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓/
___,,/▓▓▓\\/▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓/ Ada hikmah Allah ciptakan bunga
_______\▓\▓▓▓▓▓▓▓/▓▓▓\| ROS. Kalau difikirkan dengan akal yg waras
__________\\▓▓▓▓▓/▓/\! memang mendalam maksudnya. Setiap perkara
______________\▓▓/— yang sedap/cantik itu kebanyakan berbahaya pada
_______________▓—— diri kita sendiri...
______,,,,,,,,,,.,,_▓,,,,, ,,,,
_____/▓▓/▓▓▓\`|▓▓▓\▓▓\
____/▓▓/▓▓▓▓_\▓▓▓\▓▓▓\
___!▓▓/▓▓▓▓/__\▓▓▓\▓▓▓!
___\▓▓/▓▓▓/___I▓\▓▓!▓▓/
____\▓/▓▓/____I▓\▓!▓/
______\▓/_____I▓_\▓/
_______\/_____I▓__\
_____________.I▓
_____________.I▓
_____________.I▓
_____________.I▓—..

˚˚ï·²♥ ˚˚ï·²♥˚˚ï·²♥˚˚ï·²♥˚˚ï·²♥˚˚ï·²♥˚˚ï·²♥

Jangan memberi harapan pada yg belum pasti..
kelak ada insan yg bakal dilukai...
jangan menaruh harapan pada yg belum tentu dimiliki..
nanti hati yg kecewa sendiri..
Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu pada Yg Maha Memberi..
Nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi dan dikecewakan..
Kerna DIA Maha Mendengar pengharapanmu dan Dia pasti merealisasikan dengan caraNya yg terssendiri...
Bersabar dan bersangka baik pada Penciptamu kerna Dia lebih memahamimu berbanding dirimu sendiri..

¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Sungguh adalah suatu kebahagiaan bahwa anak Adam melakukan ISTIKHARAH dan senang dengan apa yang Allah takdirkan bagi dirinya dan sungguh adalah kesengsaraan jika seorang anak Adam meninggalkan ISTIKHARAH dan berkeluh kesah dengan takdir Allah. . .
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Feelings are much like waves.we can't stop them from coming but we can choose which one to surf.The best feeling ever, is when you feel so safe,right after you have prayed. Perform ur istikharah...

Don’t be too hurry in love, find a companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah.. ♥
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤

✬ Cinta itu ibarat air di telapak tangan, jika aku gengggam tanganku, maka air itu akan hilang, tapi biarkanlah tanganku terbuka kerana dengan begitu tidak akan pergi ke mana-mana.
レo√乇♥ F٥гﻉ√ﻉг & ﻉ√ﻉг
___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥
CINTA Dan KASIH SAYANG Manusia Cuma Setitis Jika Dibandingkan Dengan
Selautan Cinta Dan Kasih Sayang ALLAH.jIKA eNGKAU kEHILANGAN yANG
sETITIS iTU,iA tIDAK aKAN mENJEJASKAN kEHIDUPANMU sELAGI yANG
sELAUTAN iTU mASIH eNGKAU mILIKI..
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥

> muhasabah bersama
Jiwa manusia sangat sensitif dengan RASA dan RINDU.
Apabila ia telah merasakan nikmatnya sesuatu,
Maka ia akan terus merindukannya.
Kerana itu,
Jika seorang hamba telah merasakan MANISnya keIMANan,
Dan keINDAHan IMAN telah bersemi dengan QALBUnya,
Maka akan kukuh keCINTAannya kepada~NYA
Dan selamanya tidak akan goyah oleh sesuatupun
(¯`*•.¸♥ Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ♥¸.•*´¯)

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤
perancangan kita dan Perancangan ALLAH...
maka Perancangan ALLAH lebih sempurna....
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨* •♫
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥

(¯`*•.¸wanita adalah PERHIASAN, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, disimpan dalam almari, kemudian almari itu dikunci, dan almari itu ada di dalam kamar, kemudian kamar itu dikunci, kamar itu berada di dalam rumah, kemudian rumah itu pun dikunci, dan rumah itu ada pagarnya, kemudian pagar pun dikunci, dikunci, dikunci, dikunci, dan dikunci, dan pemilik kunci itu adalah SUAMInya kelak¸.•'´ ¯) ♥

─▄▀▀█▀▀▄
▐▌HATIKU ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█

p/s: Pintu hatiku telah ku kunci buat insan bergelar suami..✿◕ ‿ ◕✿

♫•*¨*•.¸¸ï·².♥ï·²¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ï·² .♥ï·²¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.. Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK.. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..InsyaAllah,amin ya Allah..
♫•*¨*•.¸¸ï·².♥ï·²¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ï·².♥ï·²¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

TIADA DAYA & UPAYA KITA MELAINKAN HANYA DENGANNYA YG MAHA KUASA~!
(✿◠‿◠) ...الله أعلم

Friday, September 9, 2011

hebat sangatkah cinta???????


hebat sangatkah cinta,
atau cuma hawa nafsu semata,
jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
mengapa tidak dicari katanya,


hebat sangatkah cinta,
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama diletak belakangnya,


hebat sangatkah cinta,
jika statusku single mereka hairan bertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat dipandang biasa,


hebat sangatkah cinta,
menghayati rasa yang terkandung didada,
terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
lautan api sanggup diredahnya,


hebat sangatkah cinta,
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,


hebat sangatkah cinta,
kononnya dihati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa


hebat sangatkan cinta,
" saya suka awak kerana agama"
kalau begitu mengapa mendekati zina,
jika benar agama ukurannya,


hebat sangatkah cinta,
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa,


hebat sangat kah cinta,
sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
janji kau aku yang punya


hebat sangatkah cinta ,
jawpannya ya,
jika mencari cinta yang Esa,
bahagianya kekal untuk selamanya

Saturday, September 3, 2011

cantiknye wanita

CANTIK nya WANITA


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana