JellyPages.com

Total Pageviews

Saturday, August 24, 2013

ya dia selesa begitu..

dia tak cantik menggoda.
tanpa bulu mata palsu,
tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
ada macam tak ada.
matanya tak galak, tak redup,
hanya mata biasa-biasa,
kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.
hidungnya pun tak mancung,
pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.
dan dia, ya dia selesa begitu.
walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
bukan dia kedekut.
cuma rasa tak perlu.


menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.
dan dia, ya dia selasa begitu.
sederhana dengan caranya.
bersyukur dengan apa yang dia ada.
biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
dia tak peduli.
dia malas ambil tahu.


yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
sedang dalam dengan cara begitu pun,
dia masih tak sedap hati,
terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.
susah menjadi dia?
tak ada yang memandang? tak ada yang mengorat?
itu lagi senang.


senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.
susahnya menjadi dia?
terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
dipujuk hatinya,

walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.
ya, biarlah.
biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
yang kehadirannya tak disedari.
ya, dia selesa begitu.