skip to main |
skip to sidebar
Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi
ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu
melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak
cuma setakat darjah enam berbanding saya pelajar Univeristi Al
Azhar.... ...... ...
Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana
awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan
menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang
... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. "
Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu
mudah. 10 tahun kemudian.
Satu
hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata,
"Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah
awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak
boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.
Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh
mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila
melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana."
Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi
kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama
kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan
syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu.
Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis
itu dihatinya, bukan?....
Moral dari cerita ini.... Hidup
tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan
memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap
orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ...
hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di
kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa
melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga
menjadi iktibar kepada kita semua ....~