JellyPages.com

Total Pageviews

Tuesday, May 28, 2013

9 jenis syaitan..janganlah kita trmasuk golongan tersebut

9 jenis syaitan
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Sunday, May 26, 2013

muslimah yang solehah bertudung labuh



Muslimah solehah tudungnya labuh,
Menutup aurat bertabirkan malu;
Menuruti semua yang ALLAH suruh,
Beriman, bertaqwa, beramal soleh selalu.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Kepada ALLAH bertaat setia;
Berilmu, berakhlaq dan beriman utuh,
Dialah bidadari perhiasan dunia.
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Tunduk pandangan langkahnya sopan;
Bercampur jantina dia menjauh,
Menjaga hati, maruah dan iman.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Rajin belajar sukakan ilmu;
Membaiki diri tapis yang keruh,
Mengejar redha ALLAH tidak pernah jemu.
 Muslimah solehah tudungnya labuh,
Padanya harapan generasi rabbani;
Bergandingkan mujahid beriman labuh,
Membentuk keluarga bersunnahkan Nabi.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Taqwa menjadi bekalan diri;
Sabar dan redha tidak berkeluh,
Sedar ALLAH sedang menguji.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Hatinya tenang nafsu tak terburu;
Berqanaah di dunia sementara berteduh,
Syurgalah tempat yang sedang dituju.
 

Tuesday, May 21, 2013

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?


Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )



Thursday, May 9, 2013

REJAB dan SALAH FAHAM


 Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bula
n ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1. Al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram). Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:36):
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah SAW :

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ [3]

Maksudnya: Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.

2. Tiada solat khas dalam bulan Rejab:

وقال النووي رحمه الله تعالى "واحتج به العلماء على كراهة هذه الصلاة المبتدعة التي تسمى الرغائب قاتل الله واضعها ومخترعها فإنها بدعة منكرة من البدع التي هي ضلالة وجهالة وفيها منكرات ظاهرة وقد صنف جماعة من الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبتدعها ودلائل قبحها وبطلانها وتضلل فاعلها أكثر من أن تحصر" 4]]

Maksudnya: Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan. Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulama telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya. Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.

وقال الحافظ ابن رجب رحمه الله تعالى " فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء ... وأول ما ظهرت بعد الأربعمائة فلذلك لم يعرفها المتقدمون ولم يتكلموا فيها " ا.هـ( لطائف المعارف / 228) .

Maksudnya: Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penipuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulama. Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.

3. Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

قال ابن القيم "كل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى"[5]

Maksudnya: Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.

4. Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

Setakat ini, belum lagi ditemui hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah SAW.

5. Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

قال الحافظ ابن كثير الدمشقي رحمه الله تعالى: (وقد أورد-أي عبدالغني المقدسي- حديثاً لا يـصـحّ سـنـــده ذكرناه في فضائل شهر رجب أن الإسراء كان ليلة السابع والعشرين من رجب والله أعلم. ومن الناس من يزعم أن الإسراء كان أول ليلة جمعة من شهر رجب, وهي ليلة الرغائب التي أُحدثت فيها الصلاة المشهورة, ولا أصل لذلك والله أعلم) [6]

Maksudnya: al-Imam Ibnu Kathir telah berkata (Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.)
Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.

[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832.
[2] HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782.
[3] HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.
[4] Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.
[5] Sila lihat Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96.
[6] Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137.
[7] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[8] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[9] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[10] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[11] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686."


 antara hadith2 yg sahih atau hasan berkenaan Sya'ban :
Rasululloh SAW bersabda “Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena letaknya antara bulan Rajab dengan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan diangkatnya amal-amal oleh Tuhan. Aku menging
inkan saat diangkat amalku aku dalam keadaan sedang berpuasa.” (HR Nasa’e dari Usamah)

Riwayat lain yg serupa menuliskan: Dari Usamah bin Zaid berkata: Saya bertanya: “Wahai Rasululloh SAW, saya tidak melihat engkau puasa disuatu bulan lebih banyak melebihi bulan Sya’ban”. Rasul saw bersabda:”Bulan tersebut banyak dilalaikan manusia, antara Rajab dan Ramadhan, yaitu bulan diangkat amal-amal kepada Rabb alam semesta, maka saya suka amal saya diangkat sedang saya dalam kondisi puasa” (Ahmad, Abu Dawud, An-Nasae dan Ibnu Huzaimah).

Dari Aisyah ra. berkata,” Saya tidak melihat Rasululloh SAW menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban.” (HR Muslim)

Thursday, May 2, 2013

KOLEJ MATRIKULASI PERAK dalam kenanganku...

KOLEJ MATRIKULASI PERAK dalam kenangan...


Assalamualaikum semua..
hari ni 3 hari dh berlalu aku meninggalkan kolej matrikulasi perak .. 
gembira sedih semua bercampur baur...
selama 2 tahun aku di sana memberi banyak pelajaran ilmu yg berguna utkku ...
emm juga mengubah cara pemakaian aku.. 
dari sekolah convent yg seperti wanita biasa.. 
berubah menjadi agak luar biasa la bagi aku sebagai pelajar sekolah convent dahulu... 
tapi xpe...aku puas mnjadi luar biasa itu....bertudung labuh..agak panas pada mulanya..
tapi dah lme2 ok la..siapa yg nk berubah di luar sana berhijrah..silakan.. jgn tunggu lama2 ya!! hehe



Di matrik..aku mengenali kawan2 pensyarah2 yg btul2 memahami pelajarnya...
btul2 AWESOME !! hehe 
kpd rakan2 sahabat yg ku rapat di matrik aku ni jenis sush sikit nk rapat dgn org kecuali btul2 kenli mreka luar dalam yg boleh aku cerita msaalah segala la.. dalam susah senang mereka ada disampingku itulah sahabatku...
aini dan sha.aku kenali kalian di MASJID rumah Allah..subhanallah..
.thankss sooo muchh for everything!! sayanngg korang!!. 
jaga diri ye diluar... mgkin banyak lagi lepas ni ujian di U tapi aku yakin korang dpt fikir mana yg baik dan buruk... seriess rindu sgt waktu kita bersama...
saya modul 1, sha modul 2 dan aini Modul3 wahh sume ade!! 
walau lain modul..tapi yg penting persahabatan keranaNya... 




kepada roomates ku..
junior sumenye..thanks trima kak duduk dlm bilik tb 11 KERIAN 
dik2 sume mmg giler2 heheh
hari2ku dipenuhi dgn gelak tawa mereka.. korea segala hehhe 
kak mintak maaf jika ada salah silap ape2 la..
hee rasa akak baik kot heheh gurau2 ok..
miss u allzz..GIRLS ONLY!!






kepada classmatesku..KS1T1.
walaupun aku seorang yg agk diam la kn..
aku tengah cuba utk lebih banyak mendengar dri berkata2 
tpi dri situ aku kenali korang 
perangai ragam masing2 
korang memg sporting dan happy go lucky!!.
hehe ape2 pn aku mtak maaf jika ada tersalah silap mana2 yg xdisengajakan..








lepas ni tiada lagi dunia matrik..
hanya menjadi kenangan kepadaku...
memang banyak tekanan di sana 
tapi dgn tekanan itu kta dpt hasilnya suatu hri nnti..
insyaAllah ...
pelbagai ragam manusia di sana memberi banyak kenangan kepadaku..
TERIMA KASIH lecturer..kawan2 roomates dan semuaaa la..
KMPK dalam kenangan...

library

UFO di matrik perak hehhe


pemandangan padang matrikulsi prak






saat terakhir melihat masjid al-maghfirah..ku akn merindui mu :(