JellyPages.com

Total Pageviews

Wednesday, June 5, 2013

Pakaian Sunnah adalah yg trbaikk bgi kaum adam

berserban dan baju qurta

berjubah




Kepada muslimin dan muslimat, drama 'Cinta & Wahyu' lakonan Imam Muda Nazrul akan bersiaran di TV Al-Hijrah mulai 26Mac 2013 (Selasa). Siaran hanya sekali seminggu iaitu pada setiap hari selasa jam 10malam. Skrip drama ini adalah nukilan ustaz A. Ubaidillah bin Alias (Ustaz Cinta). Manakala pengarah sutradara ialah En Mior Hashim Manap.
Kelainan yang ada pada drama ini ialah :
- Pemakaian pelakon sedaya upaya 100% patuh syariah. Menutup aurat.
- Setiap babak dan konflik tidak akan berlaku sentuhan antara lelaki dan wanita.
- Penonjolan pemakaian syiar Islam yang KETARA. Jubah, serban, purdah, tudung labuh dan lain-lain.
- Penonjolan Institusi pondok dan latar kehidupan pelajar pondok.
- Skrip yang memberi penekanan kepada dakwah, uslub, mesej yang lebih serius.
Namun, diingatkan kepada penonton. Ia adalah sebuah DRAMA dan bukan 'Khutbah atau syarahan agama'. Ia tetap terselit kisah cinta, air mata, konflik perasaan dan lain-lain.
Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon lama dan baru iaitu Dato Jalaluddin Hassan, Iskandar Ishak, Hafizee Hatta, Amira Izzati Rosli, Mardiana Alwi, Octovia Manrose,  Fathanah dan lain-lain. Sebahagian besar pelakon pembantu adalah pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

pendapat saya,,cerita ini sgt baik ditonton oleh masyarakat kini,,