JellyPages.com

Total Pageviews

Wednesday, January 12, 2011

Rukun Solat

Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz Allahu akhbar. Boleh juga dengan lafaz Allahu akhbar atau Allahu jalilul akhbar . Syarat-syarat takbir ialah :

-Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
-Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
-Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
-Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
-Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
-Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

-Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
-Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
-Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
-Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
-Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
-Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:

Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Attahiyatul mubaraktus salawatut taiyibatulillah, assalamu alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh, assalamu alaina waala ibadillah hissolihin. Assyahadu anlailaha illallah wa assyahahu anna muhammadar rasulullah.

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
-Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
-Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
-Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
-Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
-Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya Allahumma solli ala saidina muhammad. Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
-Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
-Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
-Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.

Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya. Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.

Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.

Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.

Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

Adakah kita merindui Rasulullah

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


setulus cinta Nabi Muhammad

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...
- Artikel iluvislam.com


Tahajjud Prayer !

Tahajjud Prayer...is also known as Qiyamul-layl...The
tahajjud prayer is a night prayer which is performed by getting up at night
after having a sleep a while after isha prayer. It was obligatory upon every
Muslim before five daily prescribed prayers became an obligation during the
first periods of Islam. 

And with the event of miraj (The night of the Prophet Muhammad’s (pbuh)
miraculous journey to heaven (the 27th of Rajab)), when the five daily
prescribed prayers’ being obligation has been stabilized, the tahajjud prayer
has been changed into a nafila worship (a supererogatory and rewarded worship),
yet in order to be a peculiar tradition for prophet, it had become an obligatory
worship for only Our Prophet (pbuh). And this is revealed in the chapter of Isra,
79th verse. Since Our Prophet (pbuh) had specific worships on some matters such
as charity and alms, there was some worship which was peculiar to him, either.
And the tahajjud prayer was one of them. 

In his famous work, Fiqh As-Sunnah, Sheikh Sayyid Sabiq elaborates on the
subject as follows:

Ordering His Messenger to perform Tahajjud, Allah Almighty says what means:

*{And during a part of the night, pray Tahajjud beyond what is incumbent on you;
maybe your Lord will raise you to a position of great glory.}* (Al-Israa’ 17:79)

This order, although it was specifically directed to the Prophet, also refers to
all Muslims, since the Prophet is a perfect example and guide for us in all
matters.

Moreover, performing Tahajjud Prayers regularly qualifies one as one of the
righteous and makes one earn Allah's bounty and mercy. In praising those who
perform the late night Prayers, Allah says what means:

*{And they who pass the night prostrating themselves before their Lord and
standing.}* (Al-Furqan 25:64)

Next to these Qur’anic verses, there also exist a number of hadiths that
reinforce the importance of Tahajjud.

`Abdullah ibn Salam reported:

“When the Prophet (peace and blessings be upon him) came to Madinah, the people
gathered around him and I was one of them. I looked at his face and understood
that it was not the face of a liar. The first words I heard him say were: ‘O
people, spread the salutations, feed the people, keep the ties of kinship, and
pray during the night while the others sleep, and you will enter Paradise in
peace.’” (At-Tirmidhi.)

Salman Al-Farsi quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying:

“Observe the night Prayer; it was the practice of the righteous before you and
it brings you closer to your Lord and it is penance for evil deeds and erases
the sins and repels disease from the body.” (At-Tabarani)

Etiquette of Prayer

The following acts are recommended for one who wishes to perform the Tahajjud 
Prayer:

* Upon going to sleep, one should make the intention to perform the Prayers. Abu 
Ad-Darda' quoted the Prophet (peace and blessings be upon him) as saying:

“Whoever goes to his bed with the intention of getting up and praying during the 
night, but, being overcome by sleep, fails to do that, he will have recorded for 
him what he has intended, and his sleep will be reckoned as a charity (an act of 
mercy) for him from his Lord.” (An-Nasa'i and Ibn Majah)

* On waking up, it is recommended that one wipes the face, use a toothbrush, and 
look to the sky and make the supplication which has been reported from the 
Prophet (peace and blessings be upon him).

Abu Hudhaifa reported:

"Whenever the Prophet intended to go to bed, he would recite: (With Your name, O
Allah, I die and I live)." And when he woke up from his sleep, he would say:
(All the Praises are for Allah Who has made us alive after He made us die
(sleep) and unto Him is the Resurrection.)" (Al-Bukhari)

* One should begin with two quick rak`ahs and then one may pray whatever one
wishes after that. `A’ishah said:

“When the Prophet prayed during the late-night, he would begin his Prayers with
two quick rak`ahs.” (Muslim)
* It is recommended that one wakes up one's family, for Abu Hurairah quoted the
Prophet (peace and blessings be upon him) as saying:

“May Allah bless the man who gets up during the night to pray and wakes up his 
wife and who, if she refuses to get up, sprinkles water on her face. And may 
Allah bless the woman who gets up during the night to pray and wakes up her 
husband and who, if he refuses, sprinkles water on his face.” (Ahmad)

The Prophet (peace and blessings be upon him) also said:

“If a man wakes his wife and prays during the night or they pray two rak`ahs 
together, they will be recorded among those (men and women) who (constantly) 
make remembrance of Allah.” (Abu Dawud.)
* If one gets sleepy while performing Tahajjud, one should sleep. This is based 
on the hadith narrated by `A’ishah (may Allah be pleased with her), who quoted 
Allah’s Messenger as saying:

“When one of you gets up during the night for Prayer and his Qur’anic recital 
gets mixed up to the extent that he does not know what he says, he should lie 
down.” (Muslim.)
Recommended Time for Tahajjud

Tahajjud may be performed in the early part of the night, the middle part of the
night, or the latter part of the night, but after the obligatory `Isha’ Prayer
(night Prayer)

While describing the Prophet’s way of performing Prayer, Anas (may Allah be
pleased with him) said:

“If we wanted to see him praying during the night, we could see him praying. If
we wanted to see him sleeping during the night, we could see him sleeping. And
sometimes he would fast for so many days that we thought he would not leave
fasting throughout that month. And sometimes he would not fast (for so many
days) that we thought he would not fast during that month.” (Al-Bukhari, Ahmad
and An-Nasa’i.)


Commenting on this subject, Ibn Hajar says:

“There was no specific time in which the Prophet (peace and blessings be upon 
him) would perform his late night Prayer; but he used to do whatever was easiest
for him.”

Best Time for Tahajjud

It is best to delay this Prayer to the last third portion of the night. Abu 
Hurairah (may Allah be pleased with him) quoted the Messenger of Allah (peace 
and blessings be upon him) as saying:

“Our Lord descends to the lowest heaven during the last third of the night,
inquiring: ‘Who will call on Me so that I may respond to him? Who is asking
something of Me so I may give it to him? Who is asking for My forgiveness so I
may forgive him?’” (Al-Bukhari)

`Amr ibn `Absah (may Allah be pleased with him) reported that he heard the
Prophet (peace and blessings be upon him) saying:

“The closest that a slave comes to his Lord is during the middle of the latter
portion of the night. If you can be among those who remember Allah the Exalted
One at that time, then do so.” (At-Tirmidhi)

The Number of Rak`ahs in Tahajjud

Tahajjud Prayer does not entail a specific number of rak`ahs that must be
performed, nor is there any maximum limit that may be performed. It would be
fulfilled even if one prayed just one rak`ah of Witr after `Isha’.

Samurah ibn Jundub (may Allah be pleased with him) said:

“The Messenger of Allah ordered us to pray during the night, a little or a lot,
and to make the last of the Prayer the Witr Prayer.” (At-Tabarani and Al-Bazzar)

What should we recite at night prayers?
Our Prophet, used to recite long chapters during qiyam (standing up position in 
a prayer) at the night prayers. Those were the chapters such as Baqarah, Nisa or
Al-Imran. And he used to keep long the rukuh (bowing position in a prayer) and 
prostrations as well. He used to think about the deep meaning of the verses. 
Following the prayers, he often used to supplicate concisely, remember Allah, 
and aplenty used to repent and ask for forgiveness.

Here, the criterion should be as follows: We should choose a recital which we
can apply it any time and suitable with our time and potential. However, even if
we do not it every time, when we are convenient, we can recite long chapters.
For example, as one may recite a short chapter or several verses at every rakah,
also s/he may recite a page or the chapters such as Ya’sin, Fatih, Rahman,
Tabarake or Amme

Tahajjud namaz is 2 rakat nafl and like all nafl namaz. First read sura fatiha then another sura of the Quran , after sajadah repeat again the 2 rakat then finish.


Thank You ALLAH

Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings,
Thank you, Allah, that I can hear. There are many who are deaf.


Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible,
Thank you, Allah, that I can see. Many are blind.


Even though I huddle in my bed and put off rising,
Thank you O Allah,that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.


Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost,toast is burned and tempers are short, my children are so loud;
Thank you,Allah, for my family. There are many who are lonely.


Even though our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at times balanced,
Thank you, Allah, for the food we have. There are many who are hungry. 

Even though the routine of my job is often monotonous,
Thank you,Allah, for the opportunity to work. There are many who have no job.


Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest,
Thank you, Allah, for life.

If we can pass this on to most people we know, it just might help a bit to make this world a better place to live in.

10 Cara untuk lebih percaya diri bagi Muslimah Sejati

10 Cara untuk lebih percaya diri bagi Muslimah Sejati:
1).Bencilah dosamu tapi jangan pernah membenci dirimu.

2).Cepatlah untuk menyesali kesalahan.

3).Berhentilah untuk mengatakan hal-hal yang buruk tentang dirimu sendiri, Tuhan mencintaimu dan tidaklah benar jika kamu membenci sesuatu yang Dia cintai. Dia mempunyai rancangan-rancangan yang indah tentangmu. Jadi melawan-Nya jika kamu berbicara negatif tentang dirimu sendiri.

4).Janganlah takut uintuk mengakui sebuah kesalahan, tapi janganlah selalu berprasangka bahwa kamulah yang salah pada setiap saat yang tidak benar.


5) saling memaafi dan mengakui kesalahan diri sendiri dan janganlah bersangka buruk terhadap orang lain sebelum memeriksa terlebih dahulu.

6).Janganlah terlalu memikirkan apa yang kamu lakukan baik yang benar maupun yang salah, itu sama dengan memikirkan terus diri sendiri! Pusatkan fikiranmu hanya pada Allah semata-mata.

7).Jagalah dirimu sendiri secara fizikal, manfaatkanlah apa yang telah Tuhan anugerahkan kepadamu sebaik-baiknya, tapi jangan terobsesi dengan penampilanmu.

8).Janganlah berhenti untuk belajar tapi jangan sampai Ilmu itu membuat kamu sombong, Tuhan memakai kamu bukan karena apa yang ada di kepala kamu tetapi karena apa yang ada di hatimu.

9).Sadarilah bahwa setiap talentamu adalah anugerah, bukanlah sesuatu yang kamu ciptakan sendiri, jangan pernah merendahkan orang lain yang tidak sanggup melakukan yang seperti kamu mampu lakukan.

10).Janganlah meremehkan kelemahan-kelemahan kamu, merekalah yang membuat kamu tetap tergantung pada Tuhan.

bidadari

Ah…mana ada manusia yang seperti bidadari? Mimpi kali ya! Itu hanya ada di layar-layar kaca, panggung sandiwara, bukan dalam kehidupan nyata.

                Tapi, tampaknya ini pantas menjadi renungan, kalau Al-Qur'an menjelaskan detail gambaran bidadari versi negeri akhirat untuk orang-orang bertakwa, maka pasti mempunyai hubungan dengan kehidupan dunia. Karena ciri-ciri orang yang ditunjukan padanya jalan menuju kebahagiaan hidup akhirat, pasti orang tersebut telah mendapatkan "kebahagiaan" hidup di dunia.
                Terkait soal bidadari. Sekarang kita bicara tentang cinta! Cinta itu buta katanya, membuat orang lupa segalanya, seolah hidup hanya berdua. Tak sedikit orang kabur dan putus hubungan dengan orang tua karena cinta, atau memilih nekat bunuh diri dipanggang panasnya api neraka selamanya, karena putus cinta. Bahkan merasa tidak perlu lagi kucuran rahmat Tuhannya yang menciptakan, menyempurnakan penciptaannya dan memeliharanya sepanjang usia.
                 Terkadang ada orang yang terlalu yakin setelah sekian lama menjalin asmara, bahwa kekasih itu akan menjadi pendamping hidupnya. Bahkan seolah mendahului takdir ALLAH. Yang lebih parah lagi jika akhirnya ia menikah dengan orang yang tidak dicintainya, hatinya berselingkuh dengan mantan kekasih. Sesungguhnya asmara yang dikira membahagiakan itu, tiada apa2nya dibanding cinta suci bidadari surga.
  
      Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin (55:56). Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (56:35).  Indahnya! Bidadarinya tak ternoda dengan cinta yang banyak makan hati manusia. Cintanya adalah sebuah persembahan tulus atas nama ketaatan.
             
   Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik (37: 48-49), Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya (38:52). Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. penuh cinta lagi sebaya umurnya (56:36-37). Wah Bidadarinya benar-benar menjaga kesucian hatinya!.
             
   (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah (55:72). Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik (56:22-23). Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan (55:58). Bahkan hatinya laksana mutiara cantik yang belum pernah terjamah dan terenggut dengan buaian cinta semu. 

keistimewaan di sebalik wudu'

Dr. Magomedov dalam artikelnya, " Muslims Rituals and Their Effect on the Person's Health "

menjelaskan ' Wudhu dapat menstimulasi atau merangsang irama tubuh secara alami '

Selain itu, wudhu dapat menjadi media pengobatan (hidromassage).

Bersyukurlah kita karena Allah telah mendesign segala ibadah penuh dengan hikmah


Rasulullah bersabda,' Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhunya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya. ' ( HR. Muslim)
Rasulullah bersabda, ' Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya karena bekas wudhunya, (Abu Hurairah menambahkan) maka siapa yang mampu melebihkan panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. ' (HR. Bukhari dan Muslim)

Penelitian dan uji coba ini memberikan manfaat yang lain:

Bahwa kedua tangan banyak membawa mikroba yang terkadang berpindah ke mulut atau hidung apabila tidak dibasuh. Oleh karena itu, sangat ditekankan untuk membersihkan kedua tangan terlebih dahulu sebelum melakukan wudhu. Dan ini menambah jelas kepada kita sabda Rasulullah: Apabila salah seorang diantara kalian bangun dari tudir, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke bejana (tempat air) sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali.

Dan sudah terbukti juga bahwa peredaran darah pada organ tangan bagian atas dan lengan bawah serta organ-organ bagian bawah seperti kedua kaki dan kedua betis adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya karena jauhnya dari pusat peredaran darah, jantung. Maka apabila kita membasuhnya diserta menggosoknya, maka akan menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan vitalitas. Dan dari itu semua, maka terketahuilah mukjizat disyari\’atkannya wudhu di dalam Islam.
( Sumber: Al-I\’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah )

M Mahbubi Ali -- http://www.mail-archive.com/media-dakwah@yahoogroups.com/msg11535.html
Dr. Ahmad Syauqy Ibrahim, Anggota Ikatan Dokter Kerajaan Arab Saudi di London dan Penasihat Penderita Penyakit Dalam dan Penyakit Jantung mengatakan, " Para Pakar sampai berkesimpulan bahwa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan bisa mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangi kekejangan menjadi rileks syaraf-syaraf dan otot, hilangnya kenaikan detak jantung dan nyeri-nyeri otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur) ". Hal ini dikuatkan oleh salah seorang pakar dari Amerika dengan ucapannya, " Air mengandung kekuatan magis, bahkan membasuhkan air ke wajah dan kedua tangan -yang dimaksud adalah aktivitas wudhu- adalah cara yang paling efektif untuk relaksasi (menjadikan badan rileks) dan menghilangkan tensi tinggi (emosi).

Dalam buku Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah dijelaskan, ilmu kontemporer menetapkan setelah melalui eksperimen panjang, ternyata orang yang selalu berwudhu mayoritas hidung mereka lebih bersih, tidak terdapat berbagai mikroba.

Rongga hidung bisa mengantarkan berbagai penyakit. Dari hidung, kuman masuk ke tenggorokan dan terjadilah berbagai radang dan penyakit. Apalagi jika sampai masuk ke dalam aliran darah. Barangkali inilah hikmah dianjurkannya istinsyaaq (memasukkan air ke dalam hidung) sebanyak tiga kali kemudian menyemburkannya setiap kali wudhu.

Ada pun berkumur-kumur dimaksudkan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkongan dari peradangan dan pembusukan pada gusi. Berkumur menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang tersekat. Sementara membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberi manfaat menghilangkan debu-debu dan berbagai bakteria. Apalagi dengan membersihkan badan dari keringat dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit. Dan juga, sudah terbukti secara ilmiah penyakit tidak akan menyerang kulit manusia kecuali apabila kadar kebersihan kulitnya rendah.

Dari segi rohani, wudhu menggugurkan 'daki-daki' yang menutupi pahala. Bersama air wudhu, dosa-dosa kita dibersihkan, sebagaimana diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, ''Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, tatkala ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya seluruh dosa yang dilakukan matanya bersamaan dengan air itu atau dengan tetesan terakhirnya. Apabila dia membasuh dua tangannya maka akan keluar seluruh dosa yang dilakukan tangannya bersamaan dengan air itu atau tetesan air yang terakhir. Apabila dia membasuh dua kakinya maka keluarlah seluruh dosa yang telah dilangkahkan oleh kakinya bersama air atau tetesannya yang terakhir sehingga dia selesai wudhu dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.'' (HR Muslim) 

Maka, berbahagialah orang-orang yang selalu menjaga wudhunya dan menjaga hatinya tetap suci.

Sungguh, Maha Suci Allah Yang Maha Agung …

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci

Barakallahufiikum.semoga bermanfaat
Mohon sampaikan ini kepada yang lain.
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

5 perkara yang diingini...

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM....

5 perkara yang kita mahukannya dan kita usahakan untuk mendapatkannya...

1) wajah yang cantik
2) duit yang banyak
3) kesihatan yang baik
4) anak2 yang soleh dan solehah,cerdik dan macam @ lebih baik dari kita
5) tido yang nyenyak tanpa gangguan
 

caranya ada :

1) barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya "NUR" diwajahnya
2) barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiada padanya rezeki yang berkat
3) barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan iman dan
taqwa
4) barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yang 
bermanafaat pada agama ,bangsa dan negaranya

5) barangsiapa yang tinggalkan solat isya' tiadalah padanya tidur yang nyenyak

INSYA ALLAH...

RENUNGAN LAGI...

Mengapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Kenapa ujian seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dilaksanakannya... (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Rasa kecewa/Frust

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu beriman. (Surah Al-Imran ayat 139)


Bagaimana harus aku menghadapinya?

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perang) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beruntung (mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran ayat 200)


Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. 

Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan syurga untuk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya ku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung". (Surah At-Taubah ayat 129)


Aku dah tak dapat bertahan? 

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 87)