JellyPages.com

Total Pageviews

Friday, June 27, 2014

BAGAIMANA HENDAK MENYAMBUT RAMADHAN?

1. KEGEMBIRAAN

"Hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Gembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana DIA telah memberi kita peluang sehingga kita dapat Ramadhan tahun ini. Dan kita juga memohon kepada ALLAH SWT supaya dikurniakan kita peluang untuk sampai kepada lebih banyak Ramadhan yang akan datang."
2. NIAT-NIAT YANG BAIK
"Selepas bergembira dengan kedatangan Ramadhan perkara yang kedua adalah menyambut Ramadhan dengan niat-niat yang baik. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda ‘Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya’. Maka niatlah bersungguh-sungguh untuk melakukan amal soleh dan bersungguh-sungguh dengan apa yang mendekatkan kamu dengan ALLAH sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Saidatina Aisyah rha berkata, Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh didalam bulan Ramadhan tidak seperti di bulan yang lain, dan Rasulullah ﷺ juga bersungguh-sungguh di 10 malam yang terakhir tidak seperti 20 malam yang pertama."
"Kemudian di akhir-akhir bulan Sya’aban kita berniat untuk bangun malam di bulan Ramadhan. Kita berniat untuk melakukan solat Tarawikh sebanyak 20 rakaat. Dan kita berniat untuk membaca Al-Quran dengan banyak. Yang paling kurang adalah kita dapat mengkhatamkan sekali Al-Quran didalam bulan Ramadhan."
3. BERSYUKUR
"Yang ketiga menyambut Ramadhan dengan bersyukur kepada ALLAH yang mana ALLAH SWT telah memberi kita peluang untuk berpuasa dan beribadah. Ramai diantara hamba ALLAH yang inginkan sampai kepada Ramadhan tetapi mereka telah dipanggil oleh ALLAH SWT."
4. SIWAK
"Kemudian kita siapkan siwak kita sebelum masuknya Ramadhan. Kita memerangi syaitan dengan selalu memakai siwak. Sesungguhnya satu solat dengan siwak lebih baik daripada 70 solat tanpa siwak. Apa jenis orang yang beriman yang melekakan kepada keuntungan 70 kali ganda didalam solat?"
~ Al-Habib Musa Kadzim bin Ja'afar As-Saggaf حفظه الله ~
Mutarjim : Al-Ustaz Imran Angullia حفظه الله
مرحبا يا شهر رمضان
مرحبا شهر العبادة
اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

buang nama si dia!

Bukan senang, 
nak ‘buang’ atau ‘padam’ nama seseorang.
Itu sama seperti,
mencuba sepuas hati,
memadam sepatah perkataan pada sekeping kertas yang ditulis dengan sebatang pen.
Sedang kita tahu,
pemadam tak akan mampu memadam dakwat pen.
Tapi kerana terdesak,
kita terus memaksa.
Akhirnya?
Bukan nama yang terpadam,
tapi kertas yang terkoyak.
Ya,
nama itu akan kabur,
tapi kesan pada kertas itu,
akan kekal, dan tetap ada.
Nak buat apa?
Mintak hati baru.. T.T

perempuan upload gambar boleh ke??



Teguran buat yang bernama perempuan.

Berat untuk diluahkan.

Tetapi, kenyataan memang memedihkan.

Kata ustaz,
Jika benarlah nak ikut tepat-tepat cara Islam.
Betul-betul nak ikut garis panduan.
Betul-betul nak patuh syariah.
Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial.

Mungkin dia baik.
Mungkin dia muslimah.
Mungkin dia tiada perangai.

Tetapi dalam masa yang sama.
Maaf.
Dia juga menjadi agen-agen syaitan.
Membantu merosakkan hati yang memerhati.
Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati.
Yang menonton gambar-gambarnya.
Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika.

"Adakah rela wanita yang punya harga diri menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, menunaikan nafsu mereka dan
berlazat-lazat dengan dirinya dalam apa jua cara? Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati-hati."

--

Kita sudah pun di akhir zaman.
Ustazah pun tidak dapat lagi dijadikan panduan cara berpakaian.
Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah atau tidak gambar dan posternya.

Saya faham, saya faham.
Pasti ramai tak boleh terima,
"Itu tak boleh, ini tak boleh!"
"Apa ni Islam macam ni!"
"Keras gila kot agama Islam!"
"Perempuan je kena, lelaki?!"

Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama
sendiri.
Tak percaya?
Cubalah seminggu.
Privatekan semua gambar.
Rekod;
- Ada orang ganggu tak?
- Ada lelaki mengurat tak?
- Ada pujian2 liar tak?
- Hati lebih tenang atau tak?

Atau..

Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian?
Kita sendiri yang inginkan perhatian?

Letak atau tidak,
Semua atas tinggi rendah taqwa.
Taqwa anda di level berapa
Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri anda.