JellyPages.com

Total Pageviews

Friday, June 27, 2014

BAGAIMANA HENDAK MENYAMBUT RAMADHAN?

1. KEGEMBIRAAN

"Hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Gembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana DIA telah memberi kita peluang sehingga kita dapat Ramadhan tahun ini. Dan kita juga memohon kepada ALLAH SWT supaya dikurniakan kita peluang untuk sampai kepada lebih banyak Ramadhan yang akan datang."
2. NIAT-NIAT YANG BAIK
"Selepas bergembira dengan kedatangan Ramadhan perkara yang kedua adalah menyambut Ramadhan dengan niat-niat yang baik. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda ‘Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya’. Maka niatlah bersungguh-sungguh untuk melakukan amal soleh dan bersungguh-sungguh dengan apa yang mendekatkan kamu dengan ALLAH sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Saidatina Aisyah rha berkata, Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh didalam bulan Ramadhan tidak seperti di bulan yang lain, dan Rasulullah ﷺ juga bersungguh-sungguh di 10 malam yang terakhir tidak seperti 20 malam yang pertama."
"Kemudian di akhir-akhir bulan Sya’aban kita berniat untuk bangun malam di bulan Ramadhan. Kita berniat untuk melakukan solat Tarawikh sebanyak 20 rakaat. Dan kita berniat untuk membaca Al-Quran dengan banyak. Yang paling kurang adalah kita dapat mengkhatamkan sekali Al-Quran didalam bulan Ramadhan."
3. BERSYUKUR
"Yang ketiga menyambut Ramadhan dengan bersyukur kepada ALLAH yang mana ALLAH SWT telah memberi kita peluang untuk berpuasa dan beribadah. Ramai diantara hamba ALLAH yang inginkan sampai kepada Ramadhan tetapi mereka telah dipanggil oleh ALLAH SWT."
4. SIWAK
"Kemudian kita siapkan siwak kita sebelum masuknya Ramadhan. Kita memerangi syaitan dengan selalu memakai siwak. Sesungguhnya satu solat dengan siwak lebih baik daripada 70 solat tanpa siwak. Apa jenis orang yang beriman yang melekakan kepada keuntungan 70 kali ganda didalam solat?"
~ Al-Habib Musa Kadzim bin Ja'afar As-Saggaf حفظه الله ~
Mutarjim : Al-Ustaz Imran Angullia حفظه الله
مرحبا يا شهر رمضان
مرحبا شهر العبادة
اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان

No comments: