JellyPages.com

Total Pageviews

Monday, August 13, 2012

usaha atas iman

Iman penting tetapi usaha atas iman lagi penting.Seperti duit penting usaha atas duit lagi penting.Inikan iman yang menentukan kehidupan kita di akhirat,terlebih penting lagi untuk diusahakan. Iman masukdalam hati melalui empat saluran pancaindera Mata,telinga,mulut dan fikiran kita.Kita kena hari hari katakan(dakwahkan)kebesaran Allah,cerita lagi dan lagi kehebatan Allah.Allah yang menghidupkan,allah yang mematikan dan lain lain lagi bahawa Allah yang memiliki segala galanya.Ulama beritahu jika nak masuk kan iman dalam hati sekurang kurang nya 25kali kita jumpa manusia dan dakwahkan tentang kemulian Allah. Jika tak mampu untuk nak dakwah atau berkata tentang kehebatan Allah kita dengar orang yang cerita kehebatan Allah.Jangan jemu nak dengar.Kita lihat diri kita dan sekeliling kita dan kaitkan semua ini dengan kehebatan Allah.Allah telah jadikan kita dalam rahim ibu yang gelap dan telah di sempurnakan anggota kita sebelum dilahir,tanpa kilang tangan,kilan kaki , hebatnya Allah.Fikirkan macamana Allah telah jadikan langit tanpa tiang dengan kudratnya. Kita boleh periksa iman kita sendiri (jangan periksa iman orang lain)Contoh apabila azan berkumandang dimana kita,apa perasaan kita,apa perlu kita buat. Sahabat sahabat nabi saw apabila disebut nama Allah gementar hati mereka apabila dibaca ayat Allah bertambah iman mereka.Adakah kita begitu.Dengan iman kita yang lemah ni memadai jika azan,kita perlu tinggalkan apa yang sedang kita kerjakan sementara untuk menyahut panggilan Allah.Mungkin ada yang berkata sedang bekerja,cuba arrange kerja tu.Seorang polis yang jaga lalulintas,jika terasa perutnya memulas,macamana sibukpun lalulintas pasti ditinggalkan kerjanya ketika itu.Apatah lagi Panggilan yang maha hebat. Yang pasti untuk ini bukan perkara mudah tetapi tidak mustahil jika kita ada 2 perkara. Keinginan yang jitu dan sanggup disusah payahkan.Kerana setiap yang kita usahakan beserta syaitan dan nafsu, ini perlu mujahadah. Insyallah apa yang saya sampaikan ini saya dan tuan dapat amalkan,,Aamiin


dikongsi oleh Akmal bin Abdullah.

kisah hati


Kisah hati siapa, ya? Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya.
Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul - yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim.
Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam.
"Ana dah jatuh hati pada enti.."
Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-buat itu membuatkan hatinya tercuit. BENAR. Hati seorang perempuan mudah disentuh, mudah dilenturkan. TAPI jangan kalian yang bergelar lelaki lupa bahawa kami sentiasa ada Allah yang menjaga kami, yang mengawasi setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa mengerti isi hatimu.
Rupa-rupanya, ada kekurangan pada ayat itu yang membuatkan kami tahu bahawa ini bukanlah cinta yang sebenar yang indah.
"Ana dah jatuh hati pada enti...DAN mahu menjadikan enti sebagai isteri."
JANGAN dilafazkan kata 'suka' kalau masih belum bersedia. Kalau hanya sekadar 'suka-suka'. SOAL HATI bukanlah mainan. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan, kecacatan.
Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. BERILMU dan BERAKHLAK mahmudah, sungguh indah sekiranya dipadankan.
Sudah cukup Allah bagiku. Terasa indah setiap kali bersamaNya. BENAR. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.
Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh INDAH Islam mengatur perjalanan hidup mereka.
Oleh sebab itu, jangan sesekali melafazkannya kalau kalian tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki. Kerana hati mereka sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai dan mengasihi dan sentiasa dipelihara oleh Allah.