JellyPages.com

Total Pageviews

Friday, November 23, 2012

SANAH HELWAH UKHTY!!

SEMOGA DIRIMU MENJADI WANITA SOLEHAH...

BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT...

TABAH DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP INI...

JANGAN MUDAH PUTUS ASA...

CARILAH CINTA ILLAHI KERANA CINTA ORANG YANG MENCINTAINYA AKAN DATANG MENGHAMPIRIMU....

terima kasih kerana menjadi sahabat dan sepupu terbaikmu...
keranamu jua menjadi semangatku untuk memakai tudung labuh dan berhijrah ke arah kebaikan menegakkan agama Allah..subhanallah...syukran jazilan ya ukhti... 





Sunday, November 18, 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN


YA ALLAH SELAMATKANLAH PENDUDUK DI BUMI PALESTIN....


HANCURKAN TENTERA ZIONIS ISRAEL YANG KEJAM ITU..



SEMOGA BUMI PALESTIN MERDEKA DARI KEKEJAMAN ZIONIS

SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK  KEPADA UMAT ISLAM



                                         TAKBIRRR!!!ALLAHUAKHBARRR!!



 Ya Allah, kau selamatkan saudara kami di Ghaza.. Jauhilah mereka daripada kekejaman puak Zionis. Kami yakin mereka (zionis) juga milik-Mu, kami mohon kau jauhkan mereka dari mencederakan saudara kami di Ghaza. Hanya kepada-Mu tempat kami bermohon. makbulkan doa-doa kami, Ya Allah." 





Tempatkanlah mereka di syurgaMU kerana mereka terkorban untuk menegakkan Islam agamaMU ya Allah..amin...


hati siapa yg snggup melihat kekejaman ini ya Allah... melihat golongann yg lemah ini ditindas...kanak2 dan wanita diseksa...semoga penderitaan mereka berakhir..amin...




Antara kita di sini dan mereka di Gaza...
~Tika mana kita bergembira menikmati juadah yg tersedia,mereka di sana keletihan membalut luka saudara yg tercedera...

~Tika mana kita bergembira menyaksikan cerita dan filem bersama keluarga,mereka di sana sentiasa waspada dengan bedilan peluru yg jatuh merata-rata..
~Tika mana kita masih memikirkan menambah pendapatan untuk membina kemewahan di dunia,mereka di sana hanya memikirkan untuk mati syahid agar bahagia di dalam syurga...
Wahai rakyat Palestin..PERJUANGANMU TIDAK SIA-SIA



Saturday, November 10, 2012

::: Cinta Bermula Dengan Akidah "iman" :::✿

✿::: Cinta Bermula Dengan Akidah "iman" :::✿

Ramai yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh / solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh / solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh / solehah insyaAllah, pasti akan muncu
l impian dihati iaitu

“Memiliki cinta soleh solehah kekal abadi”.

Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk)
yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat)
mereka (yang baik) itu akan beroleh
pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

surah An-Nur - Ayat 26

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah si pengotor pun sukakan kebersihan?

Kita harus malu kepada Allah dan diri kita sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang, kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH “iman”.

Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah S.A.W berpesan bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W ini secara automatik telah menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumah tangganya. Dia telah meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri. Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta tetapi kerana patuhkan Rasulullah S.A.W itu dia memilih pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.

“Nampak tak disini perlunya cinta bermula Akidah ? “

Ok cuba kita renung lagi,
Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah tangga, maka dengan mudah ia dapat diungkai kerana suami dan isteri akan merujuk kembali kepangkal penyatuan mereka iaitu ALLAH. Dengan nama Allah mereka bertemu “kahwin”, maka kepada Allah jualah mereka merujuk segala masalah sepanjang berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau yang tidak diingini, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing² melihat kelemahan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain sebaliknya berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang diredhai oleh Allah. Sifat² BURUK dapat diatasi keparas paling minimum bukan hanya untuk dapat keredhaan suami @ isteri tapi masing² buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaai suami walaupun ketaatannya mungkin tidak dihargai tapi isteri berbuat demikian bukan mengharap balsan suami tetapi semata-mata Allah.

Renungan bagi yang susah hati:
Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih… Kelak takut terjadi macam “Cinta Alim² kucing | Diari Seorang Isteri Yang Solehah |

Persoalan difikiran Mat Romeo :

Apakah caranya mencari calon tu ? Bolehkah memilih ?
“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan takwa orang lain… .

Adakah jaminan cara ini lebih cepat memiliki insan Solehah ?
Maksud disini bukan bererti CEPAT, tapi mungkin lebih TEPAT kerana cara begini ada banyak kelebihannya…

Kalau macam tu, terpaksalah saya hentikan dari mencari wanita SOLEHAH demi berusaha menjadi lelaki yang soleh , begitu ?

Tak begitu, Cuma lebihkan usaha menjadi lelaki yang soleh, sambil itu teruskan usaha mencari yang Solehah. Tapi berpada²lah dengan piawaan solehah awak tu, jangan terlalu tinggi takut nanti tak tercapai. Cukuplah dengan sederhana… kerana mungkin sebelum kahwin tahap SOLEHAHnya rendah sedikit, tetapi bila diri kita dah diperkuatkan dengan Akidah “Iman” menjadi seorang pemimpin, tahap solehahnya insyaAllah akan meningkat… Apa² pun, mestilah lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa. Letakkan piawaan yang tinggi pada diri sendiri dulu.

Bagaimana mereka yang dah berumah tangga ? Bolehkah guna lagi kaedah ini ?
Apa yang baik, ambilah dan buang yang keruh… Sama² perbaiki diri.. APA YANG PENTING KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI semoga tercapai impian bina SINARMAWADDAH
“sinar kasih sayang” keluarga bahagia itu.

Aamiin…


p/s:

" Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU."

- Imam Syafi'e..

iman, syariat dan akhlak...

ilmu akan menegakkan IMAN dan apabila beriman akan mudahlah kita menerima SYARIAT sebagai jalan peraturan maka dengan sendirinya akan terbina AKHLAK dlm kehidupan...
INSYAALLAH... :)

Wallahu’alam…




Tuesday, November 6, 2012

KISAH PENGHIJRAHANKU...he3

Saya mulakan 'penghijrahan' saya dengan mengubah cara berpakaian terlebih dahulu. Ramai org bertanyakan mengapa mesti PAKAIAN DAHULU? Bagaimanakah saya boleh memakai tudung labuh?? adakah saya dari sekolah aliran agama?atau latar belakang keluarga??


Jawab saya, saya dari SMK CONVET SITIAWAN dari darjah 1 hngga form5 bukan sekolah aliran a
gama..hnya sebelah petang sekolah agama biasa mcm org lain.... kawanku buat muka pelik...dan berkata habis macamane boleh memakai tudung labuh? daan mulalah ku bercerita...hehee semuanya bermula selepas habis SPM. Saya inginkan keselesaan pada diri dan tidak mengikut fesyen "terkini" kerana ingin sesuatu yg laian dari lain heheh dan  boleh membawa kita ke arah kebaikan dan kesucian ISLAM yg penting menjaga aurat.. dengan dorongan sepupuku SYARIFAH NAJWA dan ibuku jua dan sya cuba memakai tudung labuh walaupun panas tapi selesa...rasa tidak diganggu lelaki  berbanding sebelum memakai tudg lbuh untk ke pusat tuisyen atau keluar rumah rasa tiidak selesa jika diganggu..


Insyaallah saya cuba istiqamah kerana tutup aurat atau bertudung labuh ikhlas  kerana Allah..itu yg penting! jangan kisah org pandang kita ketinggalan zaman ke janji kita tau itu yg pling indah disisiNya alhamdulillah dan Allah juga janji akan melindungi wanita tersebut.Kita perlu yakin dengan janji Allah...setelah masuk ke KOLEJ MATRIKULASI PERAK hingga sekarang alhamdulillah saya mempunyai sahabat2, NUR SYAHIRAH & NUR QURATUL AINI yg banyak membantu dan berjuang bersama sama ke jalan Allah...serta membawa perwatakan Muslimah yg sebenar insyaallah.kepada sahabatku NOR AMIRAH teruskan perjuangan untuk mnjadi muslimah yg terbaik...(jujur amirah mmg rasa sejuk mata melihat sewaktu kita keluar sme2 berjalan melihat keindahan alam ciptaanNya( laut) ko pkai tudg labuh dan jubah hehe) Insyaallah kita saling mendoakan.... semoga  sahabat2ku diri ini menjadi wanita solehah dan juga menegakkan agama ke jalan Allah...TAKBIR!!ALLAHUAKHBAR!! 

kepada yg belum berhijrah atau berniat utk berhijrah ke arah kebaikan...
jangan bertangguh kerana syaitan tidak lepas2 untuk menghasut kita... 
kuatkan iman kuatkan diri berhijrah kerana Allah!!
Kerana saya juga tak mahu MENJADI WANITA YANG MEMBAWA FITNAH PADA AGAMA.

ikhlas sekadar perkongsian bersama,
 kerana ramai yg bertanyakan  persoalan yg sama..