JellyPages.com

Total Pageviews

Sunday, July 28, 2013

10 malam terakhir Ramadhan - malam lailatul Qadar

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku).
Dari Aisyah r.a., katanya: "Nabi s.a.w., biasanya apabila tiba sepuluh (yg akhir daripada bulan Ramadhan), beliau ikatkan sarungnya erat-2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya." -Sahih Bukhari jilid II, no.966
Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan." - Sahih Bukhari jilid II, no.994 

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar itu berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yg terakhir (dari bulan itu)." - Sahih Bukhari jilid II, no.995 

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Ia satu malam yg tenang, lapang, luas tiada batasan. Tidak panas dan tidak sejuk. Di waktu paginya matahari muncul dengan merah yg lemah." -riwayat Abu Daud al-Toyalisa 

*Malam al-Qadar atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar adalah malam yg lebih baik daripada seribu malam kerana pada malam tersebut Al-Quran diturunkan. "Bulan Ramadhan yg padanya diturunkan Al-Quran pertunjuk kepada manusia.." (Al-Baqarah:185), 'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran itu pada malam al-Qadar." (Al-Qadr:1) 

-Moga manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan melipat gandakan amalan kita- 

No comments: