JellyPages.com

Total Pageviews

Thursday, January 6, 2011

AMALAN SAIDATINA AISYAH RA..

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, ” Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.

2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.

4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.

Kemudian Baginda  SAW  mengerjakan solat dan Aisyah 


berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan

solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata :


 ” Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang”.

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :
Apabila kamu:

1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.

2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya  kami telah memjadi  penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.

No comments: