JellyPages.com

Total Pageviews

Tuesday, January 11, 2011

al-Quran



Abu umamah ra berkata:"Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajaria AlQuran setelah itu Rasulullah saw memberitahu tentang kelebiahan membaca Alquran."
Telah bersabda Rasulullah saw "Belajarlah kamu akan Alquran,diakhirat nanti dia akan datang kepada ahli ahlinya,yang mana dikala itu orang sangat memerlukanya.

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia akan bertanya:

"kenalkah kamu kepadaku?"Maka orang yang pernah membaca akan jawab:"siapakah kamu?
Maka berkatalah Alquran:"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku diwaktu siang hari"

Kemudia berkata lagi orang yang pernah membaca Alquran:"Adakah kamu AlQuran?"
Lalu jawab AlQuran "ya dan membawa orang yang pernah membacanya mengadap Allah swt.
Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal tangan kirinya,kemudian dia diletakkan mahkota diatas kepalanya.
Kepada Ayah dan ibu pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga mereka bertanya:Dari manakah kami memperolehi ini semua padahal amal kami tidak sampai ketahap ini."
Lalun dijawab:"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari dan membaca AlQuran".

sahabat-sahabat ana...Bacalah ayat ayat Alquran supaya jiwa kita sentiasa  tenang dan terhibur. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat kelak....amin...

solat akhir waktu?????

Renungan Kita Bersama .... Janganlah sengaja lengah-lengahkan solat, kalau kita bz sesangat pun, ini hal dunia... kerja sampai bila pun tak abis.. tapi solat ambil masa 15 min je... fikir lah...
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ...
Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya....
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya Astagfirullahal'aziim.....
Di langit pertama,

Penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua,

Samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
Dilangit ketiga,

La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.