JellyPages.com

Total Pageviews

Monday, January 10, 2011

WUDU'

Selamat Menunaikan "SOLAT FARDHU".... Ketika berwhudu,berwhudulah dengan niat :-

*Ketika berkumur-kumur, berniatlah........
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
(hari2 cakap benda2 yang tak berfaedah)

*Ketika membasuh muka, berniatlah.........
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, jgnlah kau hitamkan muka ku ini"
(ahli syurga mukanya putih berseri-seri)


*Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah........
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"
(ahli syurga diberikan hisab-hisab di tangan kanan)

*Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah.........
"Ya Allah, jgnlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini"
(ahli neraka akan mendapat hisab dgn tgn kiri)

*Ketika membasuh kepala, berniatlah........
"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dgn ArasyMu"
(kepanasan padang mahsyar sejengkal matahari di atas kepala)

*Ketika membasuh telinga, berniatlah.........
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"
(hari-hari mendengar orang mengumpat dan menfitnah)


*Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah.......
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas"
(ahli syurga melintasi titian dengan pantas)

*Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah........
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke surau-surau, masjid-masjid dan bukan ke tempat-tempat maksiat"
(qada' dan qadar kita di tangan Allah)

*Selepas itu, bacalah doa selepas wudhu' dan menyebut AL-MUHAYMIN berulang-ulang, semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...Amin.....

No comments: