JellyPages.com

Total Pageviews

Sunday, February 9, 2014

sayang so jaga baik2 :)

(Tengok handphone)
Ada mesej .
" Salam akak . Kita dah cakap kat dia , ni kali terakhir kami contact each other . Dia faham . Tapi , kenapa kita tak boleh stop menangis ? Am I doing the right thing ? Kita sedang berusaha untuk mujahadah . Doakan moga kita istiqamah ."
Tangan laju menekan butang ”reply”
" Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan . Menangislah banyak banyak . Awak dah berkorban untuk Allah . Yes , you’re are doing the right thing . Jangan berpaling lagi . Awak mesti cekal . Allah dan Rasul sentiasa ada . Akak pun sedang bermujahadah , sama macam awak . Moga Allah bantu kita berdua agar istiqamah ."
Sent .
Senyum .
***
Berani berkorban untuk Allah , walaupun itu melibatkan orang yang kita sayang demi mencapai redhaNya :’)

Sunday, December 22, 2013

hati janganla cemburu!

Allah,
Kenapa cepat sangat Hati ni cemburu,
Kenapa cepat sangat Hati ni terasa,
Kenapa cepat sangat Hati ni berkecil,
AllahuAllah,
Aku memang tak kuat,
Baru tengok sahabat lain punyai pasangan,
Aku cemburu,
Baru tengok sahabat lain punyai zuriat,
Aku semakin cemburu,
Baru melihat sahabat lain punyai kerjaya,
Aku menjadi semakin cemburu,
Barangkali Aku punyai masalah hati,
Cemburu dengan apa adanya pada sahabat,
Cemburu dengan anugerah yang Engkau berikan pada mereka,
Hati tolonglah kuat,
Hati tolonglah tabah,
Hati tolonglah bersyukur,
Yakinlah Hati pasti Allah titipkan bahagia untuk kita,
Pasti.
Dan beringatlah wahai Aku,
Allah memberi apa yang kita Perlu,
Allah tidak memberi apa yang kita Mahu,
Kerna terkadang kemahuan kita mampu menzalimi diri sendiri.