"ZIKIR BERSIH HATI"
Firman Allah s.w.t maksudnya,"dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengigati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah,maka Allah telah menyediakan unyuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar,"
(al-Ahzab 35)
Dari Rasulullah s.a.w,
"sesiapa yang mengucapkan 'subhanallahhil'azimi wabihamdih' maka akan di tanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga,"(H.R muslim)
>mereka yang berzikir akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
>zikir akan menimbulkan kejernihan,kemanisan pada hati dan wajah,
>mereka yang berzikir akan mendapat kasih sayang,kecintaan serta keampunan dari Allah serta di murahkan rezeekinya.
>individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar,agung,hebat, dan berkuasanya kerajaan Allah.
>insan yang berzikir akan sentiasa dapat pembelaan dari Allah bila mereka berada dalam kesusahan dan kedukaan,
>insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa dari sekelian para malaikat,
>mereka yang juga berzikir mempunyai pohon tamar di dalam syurga kelak,semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
>Insan yang berzikir akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupandi dunia ini,di alam barzakh dan juga titian sirat nanti.
>insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga.bila kita beerhenti berzikir maka berhentilah pembinaan di syurga.
>zikir dapat menjadi dindina dan juga perisai dari neraka jahanam.
>zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu segala kebaikan,
>zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya ,
>zikir dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang di dalam hatinya.
>zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran kekotoran dan juga penyakit.
>zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil,
>zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik,
>Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang di hadiri para malaikat,
>orang yang berzikir akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firmanya,"Ingatlah kamukepadaku maka aku akan mengigatimu."
Wahai sahabat2ku...berzikirlah sentiasa kpd Allah swt kerana banyak kelebihannya yang kita tidak ketahui...wallah'ualam.................
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011
Batasan pergaulan antara sepupu
Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)
Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)