JellyPages.com

Total Pageviews

Monday, November 4, 2013

salam maal hijrah 1435H

Hijrah, maksudnya berpindah. Dalam Islam, hijrah ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang Islam dari kota Makkah ke Kota Madinah.
Pengertian hijrah tidak hanya terbatas sehingga situ sahaja, dalam perngertian yang lebih luas, hijrah bermaksud menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
Jadi, marilah kita ambil ibrah daripada peristiwa Hijrah, kita ubah sikap kita, cara berfkir, cara bertindak, cara bertutur, cara berpakaian dan dalam apa juga aspek kehidupan, berubahlah ke arah yang lebih baik. 
Jom Hijrah? :) Dengan berhijrah, kita akan jadi lebih Osem dari biasa!
Salam Maal Hijrah 1435H.


Thursday, October 31, 2013

tegurlah aku..


Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!
Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!
Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana, 
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!
Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!
Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba, 
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!
Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!
Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”
Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..