JellyPages.com

Total Pageviews

Thursday, September 12, 2013

cinta adalah rahsia

urusan cinta adalah rahsia di atas rahsia. hendaklah kamu bersederhana dengan perasaan itu. kerana jika kamu suka secara berlebihan, kelak kamu akan benci secara berlebihan. jika kamu benci secara berlebihan, kelak kamu akan suka secara berlebihan. janganlah membisikkan hal cinta kepada yang lain selain Allah. boleh jadi mereka yang mendengar itu sedikit sahaja yang benar-benar memberi perhatian, selebihnya akan membenci kamu. dan cinta itu, mengalir dari hati nan ikhlas.

Monday, August 26, 2013

Allah sumber kekuatan

“Letih.
Lelah.
Air mata mula jadi murah.
Air mata mula jadi teman setiap masa.
Hingga terkadang,
dia rasa seperti mahu berhenti dari semuanya.

Dia mula mengharapkan orang lain
untuk memahami yang dia juga manusia biasa,
yang dia juga punya hati dan perasaan,
yang dia juga erti jatuh dan rebah.

Bila dia terkontang-kanting sendirian,
dia mula sedar…
yang benar-benar peduli cuma Dia.

Saat itu,
dia pujuk diri,
dia yakinkan hati,
untuk teruskan langkah dan jangan mengalah
tak kira berapa kali jatuh
sebab Allah tu ada -
jadi sumber kekuatan.”