JellyPages.com

Total Pageviews

Thursday, February 7, 2013

jangan tido ketika khutbah jumaat ye adam hehe


"Assalamualaikum sayang. Abang tak sempat balik rumah. Abang singgah dekat masjid dulu. Sembahyang jumaat. Sayang makan dengan anak-anak dulu ye." Mokhtar menaip mesej kepada isterinya, Khairunnisa.
Seketika kemudian, *1 message received*
"Waalaikumussalam. Ok abang, bawak kereta elok-elok ye." Balas Khairunnisa. Ringkas.
Kereta Honda Civic, dipandu Mokhtar. Cermat dan berhemah pemanduannya. 10 minit kemudian, Masjid Batu Permai tersergam dihadapannya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
(Surah Al-Jumu'ah ayat 9)"Haa, dah azan kedua rupanya. Alhamdulillah, sempat lagi dengar khutbah ni", Mokhtar bermonolog sendirian.
Jemaah di masjid itu tidak terlalu ramai. Tidak sesak. Mungkin sahaja kerana kedudukannya yang tidak begitu strategik. Selesai sudah Mokhtar mengambil wuduk, khutbah pun dimulakan.
Mokhtar memerhatikan sekeliling. Dia mengerutkan dahinya, sambil mengetap bibir. Ramai jemaah yang sedang khusyuk memandang lantai.
"Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.............." Khatib membacakan khutbah. Lesu penyampaiannya. Tidak bertenaga.
Terdetik dalam hati Mokhtar, "hmm, tak hairanlah, masjid jadi tempat tidur je, penyampaian khutbah pula, subhanallah."
Sengaja saya datangkan kisah seperti di atas, agar kita sama-sama berfikir. Mungkin juga kita sendiri pernah mengalami situasi sedemikian. Bagi yang menyedarinya, Alhamdulillah. Bagi yang sekadar acuh, moga sama-sama kita memperbaikinya. InsyaAllah~



























Ambil Peluang Sebaiknya

Perkara sebegini sering sahaja berlaku. Tidak dinafikan, waktu khutbah jumaat adalah antara waktu yang begitu menjadi pilihan untuk tidur, tidak kira golongan muda atau tua.
Sembahyang jumaat adalah antara waktu muslimin akan berkumpul bersama-sama untuk berjemaah. Tidak dilakukan berseorangan. Waktu inilah latihan bagi golongan lelaki yang liat ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah, akan turut sama berkumpul di masjid. Mungkin sahaja akan pergi ke masjid seminggu sekali, itupun hanya pada waktu sembahyang jumaat.
Seharusnya menjadi inisiatif para khatib untuk menyampaikan teks khutbah dengan lebih bertenaga. Malah, gunakan intonasi dan gaya bahasa badan yang lebih menonjol, agar suasana di dalam masjid tidak menjadi hambar.
Bagaimana ingin menarik minat golongan yang jarang hadir ke surau, sekiranya peluang sebegini tidak digunakan sebaiknya? Sudahlah mereka hadir ke masjid seminggu sekali, disajikan pula dengan khutbah dan tazkirah yang begitu hambar. Sebaiknya, inilah masa yang terbaik, untuk memberi kesedaran kepada mereka agar mengamalkan cara hidup Islam yang lebih sempurna. Dakwah secara berhikmah dan berhemah, bukan sekadar membaca teks semata-mata.
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah n-Nahl ayat 125)Sampaikanlah khutbah dengan lebih bersemangat, agar terkesan di hati-hati jemaah yang hadir untuk solat jumaat. Bukan hanya pulang dengan hati yang kosong. Tiada perubahan.
Sungguhpun begitu, tidak boleh salahkan khatib semata-mata. Kita juga perlu mempunyai kesedaran sendiri. Sudahlah jarang datang ke masjid, inikan pula jarang menghadiri majlis ilmu atau ceramah. Sebaiknya, sedarlah diri. Mungkin sahaja kita hanya mendengar khutbah atau tazkirah, seminggu sekali. Itupun ketika sembahyang jumaat. Patutkah kita tidur? Fikir-fikirkan.

Sunday, February 3, 2013

KISAH DISEBALIK HIJAB


Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

KISAH DISEBALIK HIJAB


Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.
Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.
Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.
Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.
“Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.
Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill”
Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.
Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.
Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.
Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.
Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.
Aku mengerutkan dahi.
Cepat2 aku istighfar.
Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.
“Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.
I am your lecturer for this subject.
Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.
Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.
Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa..”
Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.
“Ok….let’s start ice breaking!!”
sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.
Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.
Anak matanya mati tepat ke arahku.
Waktu itu aku menundukkan pandanganku.
Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.
Debaran mula dirasai.
Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.
“I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course.”
Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.
Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..
ALhmdulillah…
Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.
Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.
“Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.
Pelajar dari kejuruteraan kimia.”
Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.
Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.
“Hmmm…kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??”
Tanya Prof Rashid tenang.
Tiada terlalu kuat.
Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.
Aku berdiri sambil menundukkan kepala.
Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.
Aku mengangguk perlahan.
Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.
Sunyi.
Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.
“Saya bagi kamu pilihan…..samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.
Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan.”
Tersentak aku.
Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama “ISLAM
Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.
Ya ALLAH…..KAU berikanlah aku kekuatan!
“Untuk membuka purdah ini…itu jauh sekali.
Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.
Saya minta maaf prof….
Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.
Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.
Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof.”
Tenang dalam ketegasan aku saat itu.
Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.
Riak wajahku takkan mampu dibacanya.
Kelas sunyi dan terus sunyi.
Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.
Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.
“owh ya??…selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.
Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.
Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini.”
sinis kata-kata itu.
Aku terkaku.
Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..
Dan aku harus pertahankannya.
Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.
“Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???
Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???”
Soalku penuh kelembutan.
Begitulah sifat yang ada padaku.
Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.
Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..
Disilang tangannya ke dada..
“Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??
Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??
Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.
Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??..”
Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.
Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.
Mungkin tercalar dan sakit..
Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.
“Maafkan saya sekali lagi prof.
Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.
Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.
Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.
Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.
Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.
Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.
Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..
Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.
Itu amat digalakkan.
Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.
Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..
Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.
Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..
insyaALLAH..”
Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.
Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.
Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.
Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.
“maafkan saya andai ada terkasar.
maafkan saya andai menyakitkan hati prof.
Prof harus tahu.
Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia….
assalamualaikum..”
Aku terus mengatur langkah keluar.
Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.
Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.
“Alhamdulillah..”
Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..
Benar..
Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.
Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..
Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.
Dalam hati terdetik..’Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH..”