JellyPages.com

Total Pageviews

Friday, August 5, 2011

jangan bersedih....:)

Jangan sedih… Kalau kita rasa keseorangan… Kenapa? Allah ada di sisi kita… Asalkan kita sabar… Kita yakin dengan-Nya… Allah tak zalim… Allah sayang kita… Allah perhatikan kita senantiasa… Jangan sedih… Kalau kita rasa berat dengan ujian-Nya… Kenapa? Nabi kita lagi hebat musibah dia… Lagi tinggi ujian dia… Nabi tak pernah mengeluh… Walaupun sekali… Nak tunjuk dekat umat dia, bahawa kita kena redha dan terima seadanya… Kita kena tabah… Sabar… Jangan sedih… Kalau kita tengok orang lebih senang daripada kita… Kenapa? Mungkin itu rezeki dia… Mungkin Tuhan nak uji dia dengan kesenangan… Boleh jadi dia alpa… Kemudian nanti, dia kecewa… Tapi… Kita tak… Kita susah sebab mungkin Tuhan nak uji kita… Tuhan sayang kita… Kita kena syukur dengan apa yang ada… Tak rugi kita syukur…. Allah akan tambahkan nikmat bagi orang yang bersyukur… Jangan sedih… Kalau kita tengok orang lebih cerdik daripada kita… Kenapa? Orang cerdik tanggungjawab besar dan berat… Dia kena berhati-hati dalam setiap tindakan… Nanti dekat akhirat, dia akan dipersoalkan… Kalau gagal, dia tak bertanggungjawab, dia tak amanah… Kena siksa… Tapi… Kita mungkin boleh selamat… Kita jadikan dia sebagai teladan untuk kita… Supaya kita usaha lagi dan lagi… Mudah-mudahan kita berjaya… Insya-Allah… Jangan sedih… Kalau kita tak cantik… Kenapa? Orang lain cantik…kacak… Sebab, apa yang Allah jadikan semua cantik… Tak ada cacat cela… Setiap kejadian itu ada sebab dan bersebab… Ada hikmah dia… Yang harus kita selidik dan kaji… Sebab, Allah suruh kita jadi orang yang berfikir… Tanda Allah sayang kita… Apa guna muka cantik, rupa kacak… Tapi… Akhlak buruk… Hati kotor… Tak ada guna… Jangan sedih… Kalau orang lain `couple`… Kita tak couple… Kita malu sebab tak ada orang minat dengan kita… Kenapa? `couple tu… Menghampiri zina… Allah kata… Jangan kamu hampiri zina… Kita kuat ke nak lawan cakap Allah…? Hebat ke kita ni…? Tak kuat kan… Kan Allah dah cakap… Wanita yang keji, untuk lelaki yang keji… Lelaki yang keji, untuk wanita yang keji… Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik… Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik… Takkan kita tak percaya al-quran? Tak boleh ke kalau kita nak kawan ? Siapa kata tak boleh…? Boleh je… Kena jaga batas… Jaga akhlak… Insya- Allah orang suka… Kalau dah jodoh… Tak ke mana… Jangan sedih… Kalau kita pernah buat dosa… Kenapa? Allah kan Maha Pengampun… Allah kan sayang kita… Kita buat dosa… Kita bertaubat la… Pintu taubat masih terbuka… Iringi dosa yang kita buat dengan taubat… Allah suka pemuda pemudi yang bertaubat masa muda… Nanti Allah jaga kita… Jangan sedih ye… Allah ada… Mintalah bantuan daripada Dia… Dia sentiasa dengar kita… Jangan kita lupakan dia… Senantiasa ingat dia… Waktu susah… Waktu senang… Kita berserah bulat-bulat kepada Dia… Ampunkan saya ye Allah… Saya manusia yang daif… Saya selalu buat maksiat… Buat dosa… Tapi Allah bagi macam-macam nikmat… Demam setahun sekali… Baiknya Allah… Jadi… Sentiasa semai dalam diri kita… Ingat Allah… Kenal Allah… Syukur pada Allah… Syukurlah kita…. Ameen…

Monday, August 1, 2011

mujahid itu........


  • Mujahid itu… Setiap langkah yang ditapak.. Setiap nafas yang dihembus.. Setiap detik yang dijejak.. Hatinya cuma satu… Mengharap bertemu kekasihnya dalam pertemuan teragung dalam perpisahan teragung jasad dan tubuh.. Ya,hatinya cuma mahu kesyahidan!!!! Kerna mujahid itu mahu mempersembahkan hadiah terbaik dari diri nya kepada Kekasihnya.. Nyawa,Jiwa,Hati dan setiap inci jasad.. Adalah untuk Kekasih Sang Mujahid.

  • Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah, Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah, Penawar hati kekasih Allah, Susah dan senang rela bersama. Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah, Isteri Rasulullah yang bijak, Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan, Tiada sukar untuk dilaksanakan. Mengalir air mataku, Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, Akur dalam setiap perintah, Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang, Tiada memiliki harta dunia, Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga. Ketika aku marah, Inginku intip serpihan sabar, Daripada catatan hidup Siti Sarah.

  • Tabahkah jiwaku, Setabah umi Nabi Ismail, Mengendong bayinya yang masih merah, Mencari air penghilang dahaga, Di terik padang pasir merak, Ditinggalkan suami akur tanpa bantah, Pengharapannya hanya pada Allah, Itulah wanita Siti Hajar. Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah dengan dugaan Tuhannya, Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan, Namun ia kembali, Kerana iman yang kuat, Telah dijanjikan syurga adalah balasannya, Bahagia adalah miliknya. Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, Bersinar indah, harum tersebar, Bagai wanginya pusara Masyitah..