JellyPages.com

Total Pageviews

Wednesday, February 9, 2011

ada ka lagi anak dara pinggitan kat malaysia ni??( sme2 muhasabah dri terutama kaum hawa)

ASSALAMUALAIKUM...

apa yang dimaksudkan anak dara pinggitan??
masih ada lagikah anak dara mcm ni kat malaysia ni??
atau kat dunia ni??
anak dara pinggitan dia xkuar rumah tanpa sebab yg penting...sentiasa memelihara malu...

sekrang,brapa ramai anak dara kuar rumah tanpa sebab penting??
tu realiti,kalu dlm fb??brapa ramai dok bubuh gambar diri sendiri dlm fb??
so,apa tujuan diorg bubuh gambar diorg sendiri??
sorang2 plak tu...macam2 posing..belambak2,profile pic tu toksah kata la...sentiasa dok tukaq gambar depa(sorg2 plak tu)..besaq xdak dah gambaq tu...

nak tegoq direct,takut depa kecik ati plak...
bukan senang lelaki nak cari calon bini anak dara pinggitan zaman sekarang...
yang ada anak dara melaram ramai la..
hm..kalu nak cakap pasai tutup aurat ni,10 page xabeh ni..
akhir zaman ni kalu nak cari wanita yg xkuar rumah bukan senang la..
siap berani kuaq malam kot...
g keluaq p cari ilmu tu xpa la...
yang p berseronok mlm2,g window shopping,lagi la ramai..
wanita jgn la kuaq p market,shoppong complex tanpa tujuan penting...
wanita ni kena ada perasaan malu yang tinggi..
sebab Rasulullah sendiri seorang yang pemalu...
wanita??lagi la kena ada sifat malu...
kalau boleh,xpayah dok melaram lawa2 sgt la...
nak tunjuk kat sapa??
kat laki?sian depa,depa nak jaga pandangan,jaga iman..
tapi wanita dok tayang diri,seolah2 nak menarik sang lelaki...
kalu lelaki tengok aurat wanita tanpa sengaja,dapat dosa,wanita yang tayang,bonus 2kali ganda dr lelaki dpt...
fikir la...


ramai wanita tahu aurat seorang wanita kat mana...
kalau ditanya,panjang jawapannya,complete skali dgn hadis..
tapi,awat x praktik kan??
alahai...
lagi kesian mak bapak yang menanggung dosa anak pompuan...
ayah korang bertambah kesian,nak tanggung dosa bini,dosa anak,dosa diri sendiri...
sian kat ayah...



kalau kita imbas zaman kita kecik2 dulu,kita berlumba2 nak mengaji Al-Quran,nak tgk sapa khatam dulu..
bila dah besaq,mcm xnampak pulak berlumba sapa banyak khatam..
bila baca Al-Quran,kita kenalah menghayati ayat2nya..baca tafsir kalu xfaham bahasa arab..
InsyaAllah,kita sentiasa memelihara diri dr lakukan dosa kalau kita slalu baca Al-Quran..

wahai wanita,wahai anak dara...
jom kita fikir...
betapa senangnya orang kafir perdaya kita...
menggalakkan kita upload pic kita banyak2..
dah dapat dosa free 24jam..
brapa ramai friends kita dlm fb??
yang lelaki dok tgk kita dlm fb...
yang tutup aurat,tp buh gak gambar...
malu sebahagian dr iman...
bertempatlah malu kita...
jgn nak tanya pasal ilmu malu,tapi melaram kurang malu...
berposing kurang malu...



kadang2,kita ingat x sapa yang dok tepi kita kiri kanan kita??
malu tak kita dengan diorang??
malaikat yg sentiasa berzikir siang malam pg petang..
kita??
menyanyi siang mlm pg ptg...
mcm2 lagu...
suara yg dilenggokkan dah jatuh hukum haram...
alangkah baiknya jika kita ganti nyanyi tu pada zikir...
Alhamdulillah....



dunia ni sementara...
Nabi Adam diturunkan ke dunia oleh kerana dihukum oleh Allah sebab dosanya..
so,takutlah pada dunia...
jgn cinta sgt dgn dunia...
cintakan akhirat...
sbb di sana lah kebahagiaan yang sebenar patut kita kecapi...
jgn lupa dgn ungkapan tauhid kita...
LAAI'LAHAI'LLALLAH...MUHAMMADARRASULULLAH...
sbb itu ja yg buat kita islam bila nyawa kita di kerongkongan...
bila roh dan jasad berpisah dr badan,bila kita dah dok dlm kubur,kita xberpeluang lagi mengungkap ungkapan suci ni...
rebutlah peluang untuk mendapat syafaat Allah dan Rasul kita di akhirat kelak...

akhir sekali,maafkan saya jika bahasa saya ni agak kasar,mengguris mana2 pihak..
xberniat untuk mengguris hati korg...
juz nak ingatkan,sbb dah teruk sgt sy tengok anak2 remaja sekrg...
yg couple mcm dah kawen...
so,ingat Allah selalu..ingat selalu hukuman Allah jika kita wat dosa...
sentiasa bertaubat...
maafkan saya ek...
yang baik itu dr Allah yang satu,yg kurang itu dtg dr sy sendiri...



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

siapakah bahlol????????????

Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni

kisah Bahlol..

kisah 1:

masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"

"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"

"Siapa?"

"Bahlol!"

"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". 

Tak ada solat apa pun.

Hujan tiba2 turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Kisah 2:

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.

Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlol?”

“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”

“Nak beli boleh?”

“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”

Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”

“Boleh!” jawab Bahlol

“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid

“10,000 dinar!”

“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”

“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?